December 17, 2012

The Hobbit Movie Review

Salam semua...









The Hobbit : Unexpected Journey
13 December 2012
169 minit
Berdasarkan buku The Hobbit oleh J.R.R Tolkien




















Peminat-peminat The Lord of The Rings Trilogy boleh bersuka ria kerana prequel untuk movie tersebut telah berada di pawagam iaitu The Hobbit : An Unexpected Journey. Untuk pengetahuan semua movie tersebut merupakan prequel kepada trilogi The Lord of The Rings dan merupakan adaptasi dari novel laris yang ditulis oleh J.R.R Tolkien.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan orang kedil atau lebih dikenali sebagai dwarves dan seorang hobbit yang bernama Bilbo Baggins yang mengembara untuk mengambil semula Erobor yang satu ketika dahulu pernah menjadi tempat tinggal dwarves. Kalau dalam filem The Lord of The Rings,Bilbo Baggins hanya berlakon dalam filem pertama iaitu Fellowship of The Rings,kali ini dia menjadi watak utama dalam filem ini.

Filem ini juga menceritakan bagaimana Bilbo Baggins menjumpai cincin yang sangat berharga di Middle Earth. Untuk pengetahuan, The Hobbit juga merupakan trilogy dan 2 filem lagi akan menyusul pada tahun 2013 dan 2014.

Ada masa pandang comel Smeagol ni

Pada pendapat aku,scene yang paling menarik dalam filem ni masa Smeagol dan Bilbo main teka-teki. Memang kelakar habis scene tu dan lagu yang dwarves nyanyi sebelum mula mengembara pun best.


Aku bagi filem ni 4.5 rating sebab ada part yang macam bosan sikit.Mungkin permulaan,belum bahagian yang betul-betul lawan. Boleh tunggu DVD keluar,mesti ada extended edition :D

p.s : rasa macam nak baca buku ni pulak..

No comments:

Post a Comment