February 8, 2013

My Daugther Seo Yeong Korean Drama

Salam semua...


Drama ini ditayangkan di KBS World. Drama ini menceritakan tentang kisah seorang anak dan bapa yang terpisah disebabkan masalah keluarga. Antara pelakon drama ini ialah Lee Bo Young, Lee Sang Yun, Park Hae Jin dan Lee Jung Shin dari kumpulan CN Blue.




Drama ini mempunyai 50 episode tetapi akan ditambah beberapa episod kerana mendapat sambutan daripada penonton drama. Dan baru-baru ini drama ini telah melepasi rating 40%.

Aku layan drama ni sebab yang pertama rating drama ni sangat tinggi berbanding drama yang lain. Walaupun cerita ni bergenre melodrama, aku tetap layan sebab jalan cerita drama ni menarik. Sekarang drama ni dah episod 36 kat KBS World dan tengah klimaks. Bagi spoiler sikitlah,drama ni tentang heroin yang berpisah dengan keluarga dia sebab ayahnya yang teruk dan heroin ada kembar lelaki. Tapi ayah heroin dah berubah,cuma dia je masih tak dapat terima. Selebihnya tengok sendiri.

No comments:

Post a Comment