Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

November 4, 2014

Awan Pelik yang Kelihatan di Australia

Salam semua...


Kira-kira pada pukul 1 petang hari Isnin, 3 November, sesuatu yang aneh terjadi di sebuah bandar kecil di Australia. Awan pelik kelihatan di bandar tersebut dan ramai orang menyaksikan kejadian tersebut dan berkongsi di Twitter.


October 6, 2014

Malaysia Penderma Kedua Tertinggi di Dunia untuk Palestin

Salam semua...


Malaysia merupakan antara penderma tertinggi di dunia untuk perjuangan rakyat Palestin, setelah menderma sekurang-kurangnya RM20 juta dalam masa kurang sebulan semasa perayaan Ramadan yang lalu.

Daripada jumlah ini, sebanyak RM7 juta telah diberikan kepada kerajaan Palestin, meletakkan Malaysia di belakang Qatar yang memberikan RM9 juta, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Awang Suffian Awang Piut.

"Qatar setakat ini telah diberikan RM9 juta kepada rakyat Palestin, sementara kami telah diberikan RM7 juta. Kami sedang dalam proses menyerahkan RM13 juta kepada Kerajaan Perpaduan Palestin, "Awang Suffian kepada pemberita di Universiti Putra Malaysia di Serdang pada malam Jumaat.

September 14, 2014

Harga Proton Iriz

Salam semua...


Harga bermula dari RM42,888 sehinggah RM62,888 dan mengikut dari artikel Paultan harga untuk Proton Iriz jika dibandingkan dengan Perodua Myvi hanya beberapa ringgit mahal. Dan kini Tun Dr Mahathir telah pun menggunakan Proton Iriz 10 hari sebelum kereta tersebut dilancarkan.

September 8, 2014

Gambar dan Spesifikasi Proton Iriz

Salam semua...

Proton terbaru iaitu Proton Iriz akan dilancarkan pada 25 September ini. Menurut Paultan, kereta terbaru dari proton itu akan mempunyai 8 jenis varian dari 1.3 Standard sehingga 1,6 Premium. Berikut merupakan 8 jenis varian Proton Iriz. Proton Iriz akan terdapat dalam 7 warna termasuk Citrus Green, Silver Moon Dust, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Proton White

1.3 Standard MT and 1.3 Standard CVT
1.3 Executive MT and 1.3 Executive CVT
1.6 Executive MT and 1.6 Executive CVT
1.6 Premium MT and 1.6 Premium CVT








Semua gambar ini adalah varian 1.6 Premium, jadi untuk fungsi seperti keyless ataupun USB charger tidak ada varian lain kecuali 1.6 Premium. Dalam artikel Paultan menyebut bahawa kereta ini akan berharga serendah RM45 ribu. Ada yang berminat kereta terbaru dari Proton ni? Nampak macam hebat kan?

Sumber : Paultan

August 31, 2014

Gambar Rasmi Proton Compact Car

Salam semua...


Proton akhirnya memuatnaik gambar Proton Compact di laman web Proton dan inilah gambar rasmi Proton Compact Car. Selain dari gambar ini proton juga turut berkongsi beberapa gambar lain seperti  reka bentuk lampu depan dan touch skrin infotainmet dan beberapa gambar yang lain.

Sistem infotainment dari Proton yang mana mempunyai navigation, media, bluetooth dan radio.

Keyless start.

August 20, 2014

Subway Pertama di Melaka

Salam semua...


Subway akan dibuka pada 25 Ogos ini di Dataran Pahlawan Megamall bersebelahan dengan kedai Uniqlo. Ini merupakan restoran Subway yang pertama di Melaka. Subway merupakan rangkaian restoran terbesar dan pengendali restoran terbesar di dunia. Subway adalah salah satu daripada francais paling berkembang di dunia, dengan 42,252 restoran di 107 buah negara.

August 11, 2014

Gambar rasmi Perodua Axia dari Perodua

Salam semua...


Berita yang dinanti-nantikan dari pihak Perodua telah tiba. Pihak Perodua telah mengemaskini laman web mereka dengan gambar pertama Perodua Axia. Gambar Perodua Axia dari bahagian belakang telah diperlihatkan secara rasmi oleh pihak Perodua.

Dengan kemaskini pertama Axia dari pihak Perodua, ini bermakna pelancaran untuk Axia semakin hampir dan sama-sama kita tunggu dari pihak Perodua. Untuk pengetahuan semua, Axia bakal menggantikan Perodua Viva.


August 8, 2014

Puting Beliung Kecil di Port Dickson

Salam semua..


Port Dickson: Fenomena angin puting beliung kecil di permukaan laut atau dikenali sebagai belalai air yang berlaku di Pantai Batu 2 di sini, pagi ini mengejutkan orang ramai.

Beberapa penduduk ditemui berkata, mereka bingung melihat fenomena itu, namun bersyukur kerana angin kencang berkenaan hanya berlaku di kawasan laut dan tidak mengakibatkan kemusnahan harta benda.


August 7, 2014

Perodua Axia (Gambar)

Salam semua...


Perodua Axia adalah secara rasminya nama model terbaru kereta dari Perodua, tetapi masih belum ada kenyataan rasmi bila Perodua akan melancarkan model ini.



August 5, 2014

6 Pengeluar Telefon Pintar Terbesar di Dunia

Salam semua...

Umum mengetahui Samsung masih merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia tetapi dari segi keuntungan, Samsung dikatakan mengalami kerugian untuk tiga penggal berturut-turut. Yang menarik perhatian apabila Xiaomi yang kurang dari 3 tahun mengeluarkan telefon pintar mereka yang pertama  Mi1 telah turut tersenarai dalam 6 pengeluar terbesar telefon pintar di dunia.


July 25, 2014

Persekutuan Sukan Komanwel menyiasat protes untuk Gaza oleh Azizulhasni Awang

Salam semua...


Persekutuan Sukan Komanwel sedang mengkaji bantahan politik jelas oleh pelumba Malaysia yang bertanding dalam sarung tangan yang mengandungi perkataan "Save Gaza" di Velodrom Sir Chris Hoy pada Khamis. Azizulhasni Awang memakai sarung tangan  dan menunjukkan ke arah kamera.

Berita mengenai tindakan berani dan tegas beliau tersebar di media antarabangsa termasuk di Israel', UK, Australia dan lain-lain. Sementara itu, Azizulhasni Awang mara ke pusingan kedua acara pecut apabila mencatat masa ketujuh terpantas, 10.158s pada saingan kelayakan.Beliau akan mara ke pusingan suku akhir pada Jumaat ini,

July 24, 2014

Kereta Terbaru Proton

Salam semua..

Proton memberikan petunjuk untuk kereta keluaran terbaru mereka di dalam iklan raya Proton 2014. Video yang dimuatnaik di Facebook Proton menunjukkan antara model kereta buatan proton yang popular dan pada minit terakhir video tersebut ia menunjukkan lampu bahagian depan model terbaru mereka.


Buat masa ini, model ini dikenali dengan nama Global Smart Car dan mungkin akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

July 23, 2014

100 Rumah di Melaka Musnah Akibat Ribut (Gambar)

Salam semua...



Dikala sibuk dengan persiapan raya, lebih 100 rumah, tiga sekolah dan 10 kenderaan rosak dalam kejadian ribut di sekitar Durian Tunggal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi, kebanyakan mangsa dikatakan baru siap bersahur dan menunggu azan subuh sebelum ribut melanda. Bagaimanapun setakat ni tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

July 22, 2014

Perodua Axia

Salam semua...

Perodua bakal mengeluarkan model terbaru mereka iaitu Perodua Axia dan ia dikatakan bakal menggantikan Perodua Viva yang telah lama dipasaran. Perodua Axia menyerupai kereta Daihatsu Ayla dan banyak gambar Perodua Axia telah pun tersebar.

Sumber : Azelery 

July 18, 2014

Video Kapal Terbang MH17 di Lokasi Kejadian

Salam semua...


Berikut merupakan video di lokasi kejadian MH17. Sungguh menyayat hati melihat rakaman video dari berita luar negara ini. Buat yang tidak tahu, pesawat MH17 telah ditembak jatuh meragut kesemua 295 nyawa penumpang dan krew.




June 21, 2014

Remaja dikurung hingga kering

Salam semua...


Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.
Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.



Kenapalah kurung sampai macam tu sekali. Betul-betul terperanjat orang yang jumpa bila buka bilik tu. Semoga budak tu cepat sihat dan dijaga dengan rapi.

May 19, 2014

Juara MasterChef UK 2014 dari Malaysia

Salam semua...


Juara MasterChef UK 2014 jatuk kepada Ping Coombes yang berasal dari Malaysia. Pada pusingan akhir peringkat tersebut, Ping menggunakan makanan Melayu sebagai hidangan utamanya iaitu Nasi Lemak.

Age: 33
Born: In the small Malaysian town of Ipoh
Started cooking: At university
Former job: Hotel manager
Current job: Full time mother

Hidangan utama Ping, Nasi Lemak

May 14, 2014

Filem Baru Harry Potter 2016

Salam semua...


Filem terbaru spinoff Harry Potter akan berada di panggung wayang pada 18 November 2016. Filem ini merupakan dari dunia Harry Potter tetapi filem ini bakal memperkenalkan watak baru.

Filem ini akan berdasarkan dari buku yang ditulis oleh J.K Rowling iaitu Fantastic Beast and Where to Find Them. Filem ini akan dijadikan trilogi dan akan ditayangkan 11 tahun selepas tayangan Harrry Potter and the Goblet of Fire ditayangkan pada tahun 2005.

Pelakon untuk filem ini masih belum diketahui sepenuhnya tetapi sebarang berita akan diberitahu oleh J.K Rowling sendiri. Buat yang rindukan dunia Hogwarts, sama-sama kita nantikan filem ini.

May 9, 2014

Puting Beliung Berapi di Amerika Syarikat

Salam semua...


Salah seorang wanita telah berjaya mengambil gambar puting beliung berapi atau lebih dikenali sebagai Firenado, campuran nama "Fire" dan "Tornado". Kejadian ini berlaku pada hari Ahad yang lepas di Chillicothe.

Pusar api yang sangat besar amat jarang berlaku tetapi ianya boleh berlaku tetapi pusar api yang lebih kecil seperti gambar dia atas kerap terjadi. Kejadian yang pertama di catatkan adalah di Canberra, Australia.
Keadaan ini terjadi akibat kawasan haba dari api yang menyebabkan pusar angin yang berputar secara menegak. Ini mewujudkan vorteks yang menghisap api ke dalam angin tersebut dan menjadi puting beliung berapi.

May 8, 2014

Vine Applikasi Yang Meningkat Popular

Salam semua...


Umum mengetahui bahawa sekarang telefon pintar merupakan salah satu kemestian kerana memudahkan kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai aplikasi yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp.

Tetapi salah satu applikasi yang kian meningkat popular ialah Vine. Ia merupakan sebuah aplikasi untuk memuat naik video dalam masa 6 saat. Terdapat pelbagai video menarik yang boleh di lihat dan ada video yang kreatif juga telah dihasilkan di aplikasi Vine ini.


Video diatas merupakan salah seorang artis Vine iaitu Zach King yang mana dia menghasilkan video-video kreatif.