May 29, 2013

Fugitive of Joseon Korean Drama

Salam semua...



Tajuk : Fugitive of Joseon
Genre : Sejarah, Perubatan
Saluran : KBS2 ( Korea ), KBS World ( Malaysia )
Episod : 20
Masa : 9.00 malam setiap Rabu & Khamis

Drama yang mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan yang berjuang untuk menyelamatkan anak perempuannya dari penyakit terminal ketika sedang terperangkap dalam komplot untuk meracuni King Injong.


Pakar Perubatan Istana, Choi Won (Lee Dong Wook), yang bekerja untuk keluarga diraja, terlibat dengan dalam plot untuk meracuni Raja Injong dan kini seorang pelarian. Dia cuba untuk menyelamatkan anak perempuannya Choi Rang (Kim Yoo Bin), yang mempunyai penyakit tidak boleh diubati. Choi Won telah menjaga anak perempuannya semenjak isterinya meninggal dunia.

Barisan pelakon yang terkenal iaitu Lee Dong Wook yang popular dalam My Girl dan Scent of Women, Song Ji Hyo yang popular dalam rancangan televisyen Running Man dan pelakon kecil hebat dalam lakonan iaitu Kim Yoo Bin dapat menaikkan rating drama ini.

1 comment: