January 27, 2015

Punch Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Punch
Genre : Politik, melodrama, thriller
Episod : 19
Hari : Isnin & Selasa (9.00 malam)
Saluran : One HD

Park Jung Hwan (Kim Rae Won) adalah ketua bagi pasukan penyiasat anti rasuah untuk Pejabat Pendakwa Agung '. Dia mendapat tahu bahawa dia mempunyai tumor otak dan tidak mempunyai banyak masa. Sementara itu, bekas isterinya Shin Ha Kyung (Kim Ah Joong) adalah seorang pendakwa yang ingin menegakkan keadilan dan menolak untuk bekerja di firma besar. Dia mendapat tahu tentang keadaan suaminya dan ingin membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Kim Rae Won kembali semula berlakon setelah 2 tahun tidak berlakon di dalam drama. Drama terakhirnya A Thousand's Day Promise pada 2011. Kim Ah Joong yang popular menerusi filem 200 Pounds Beauty. 

Dari segi rating, drama ini mendahului  drama lain dalam slot yang sama iaitu Healer. Walaupun agak menarik jalan cerita tapi tak boleh lawan hero & heroin Healer.

No comments:

Post a Comment