Caffebene Melaka

Salam semua...


Caffebene merupakan salah sebuah kafe yang popular di Korea Selatan dan kini telah berada di Malaysia. Caffebene membawa maksud kafe yang bagus. Setakat ini terdapat 6 cawangan dan salah satunya di Melaka. Kafe tersebut bertempat di Terminal Dataran Pahlawan berhampiran dengan Hatten Square.

Seperti kafe lain, Caffebene menyediakan pelbagai minuman dan antara kelainan yang disediakan ialah Bingsu, Waffle, Gelato dan Honey bread.

Strawberry Bingsu (RM12.80)

Dalam bingsu ni ada strawberry, gelato strawberry dan redbean. Tapi siapa yang tak berapa gemar makan redbean boleh request. Bingsu merupakan dessert yang popular di Korea Selatan dan ia berasaskan ais. Terdapat beberapa perisa yang disediakan antaranya Strawberry Bingsu, Coffee Bingsu dan Cookie and Cream Bingsu.



Sweet Potato Latte & Coffee Cake (RM10.00) 

Disebabkan sweet potato (keledek) popular dekat Korea Selatan, saja nak rasa. Jujur rasa dia tak berapa nak sedap sebab terlalu rasa susu, tapi kek memang sedap sebab ada rasa campur manis-manis dan rasa kopi. 

Cookie & Cream Bingsu

Yang ni double, selalunya makan dalam 4 orang tapi buat yang kuat makan, dalam 3 orang pun boleh sebab banyak. Yang atas tadi single. Overall, memang menarik and worth a try. 

Comments

  1. semuanya nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  2. semua nampak sedap... Bingsu tu mengancam.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ramai masuk cafebene sebab nak try bingsu tu :)

      Delete
  3. selalu pegi lepak kat DP tapi tak pernah masuk lg sini..kena cuba ni..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka