August 22, 2010
Jom Sahur
Sekali lagi Kelab Usahawan Muda UiTM Melaka atau nama glamournya SIFE menganjurkan program jom sahur bersama penghuni Kompleks Penyayang Bakti,Sg Buloh,Damansara.Dan sekali lagi aku pun join program anjuran SIFE ni.Bertarikh 21 Ogos 2010 iaitu hari Sabtu jam 3-7 pagi.Kena berkumpul Jumaat malam pukul 11.30.Tak sangka pulak ramai part 1 and semuanye budak banking.Bas bertolak dalam pukul 1 pagi dan sempat singgah kat R&R Seremban Utara sebab diaorg lapar sangat.Dah makan semua,naik bas tak boleh tidur pulak.So,berjaga la sampai kat damansara tu.Sampai dalam pukul 3 lebih,kiteorg arrange makanan dan buat ape yang perlu.
Then kejut penghuni bakti penyayang tu.Ada kanak-kanak,ada warga emas tapi warga emas tak banyak.Budak-budak tu,pagi buta dah hyperactive,kejar-kejar.Aku jaga bahagian makanan,so kena ambilkan ayam untuk diaorg.Menu sahur memang banyak,ade ayam rendang,ikan masak kicap,roti sosej,bubur.Lepas tu,makan sekali dengan diaorg.Time tengah makan tu,nampak ada sorang senior tengah suap nenek makan sebab nenek tu dah tak boleh nampak.Tiba-tiba sebak pulak sebab teringatkan arwah nenek.
Lepas makan tu,berbual-bual dengan diaorang,aku tak bebual sangat dengan nenek atau datuk,sebab tak pandai sgt bebual dengan diaorg,tapi ade sorang nenek ni,mmg sporting habis.Nak amik gambar dia pun,posing macam-macam lagi.
Tengok,2 thumbs up lagi.Memang sporting.Bebual pun boleh tahan,aktif dari nenek-nenek yg lain.Disebabkan tak pandai nak communicate dengan diaorang,aku pun layan budak-budak.
Kecik-kecik je tengok diaorang tapi ada yg dah form 1.Memang petah bercakap.Ade sorang budak ni umur 4 tahun,memang cute sangat muke dia.Tapi tak bercakap,bile orang nak amik gambar,pose lebih-lebih.
Tapi ade sorang budak ni,dia nampak aku,terus pergi kat aku.Nampak pegang camera,dia suruh amik gambar dia.Pastu dia tarik tangan ajak jalan.Tengok kiteorg guna name tag tu,dia pun nak guna jugak.Layankan je la,budak-budak kan.
Dah berbual-bual,amik gambar puas-puas,majlis penutup bermula.Semua penghuni bakti penyayang dapat duit raya dengan sikit ole-ole.Time penutup agak rushing sebab dah lambat,terlebih time berbual dengan diaorang.Tapi semua berjalan dengan lancar la.
Lepas tu,kiteorg solat subuh berjemaah,time amik wuduk,ade sorang budak kat sebelah tanye "abg,camne nak amik air sembahyang?".Aku pun ajar lah budak tu sampai step yg terakhir.Lepas solat subuh,ada kuliah subuh,ade yang kena pergi sekolah sebab ade sekolah ganti.Lepas kuliah subuh tu,kemas-kemas,then bertolak balik.Even,berape jam je dengan diaorg tapi best sgt best sebab new experience.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment