April 15, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2

Salam semua..

Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 kembali di Astro Ria dan kali ini lebih ramai selebriti popular yang akan bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Selebriti.


Seramai 19 selebriti akan bertanding dalam Masterchef Selebriti musim 2 dan akan bersiaran pada 20 April 2013.Petikan dari laman web Astrogempak


"Program realiti memasak MasterChef Selebriti Malaysia kembali dengan barisan selebriti yang bakal menghangatkan lagi dapur MasterChef Malaysia. Jika di musim yang lalu, 16 selebriti memulakan cabaran mereka, kali ini, 19 selebriti bakal menyahut cabaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2. Selebriti daripada pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan pengarah filem dipilih untuk menyertai MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 ini.
 Selebriti-selebriti yang terlibat adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin (pelawak), Keroz Nazri, Zain Saidin, Sabhi Saddi, Cat Farish, Michael Ang, Afiq Muiz, Sharifah Shahora, Celina Khor, Kenchana Devi, Enot, Lydiawati, Syanie, Rozita Che Wan, Norish Karman dan Syura.
 Mereka bakal melalui pelbagai cabaran memasak mewakili badan-badan kebajikan pilihan mereka. Cabaran-cabaran MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 adalah seperti Peti Saji Misteri, Ujian Cipta Rasa, Cabaran Sajian Pantas, Cabaran Sajian Luar dan sebagainya.
 Siapakah yang bakal menyerlah kali ini setanding JUARA MasterChef Selebriti Malaysia pertama, Dato' Fazley Yaakob? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 mulai 20 April 2013, setiap Sabtu hingga Selasa, 9 malam, tayangan serentak di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)"




Sama-sama kita lihat kreativiti selebriti Malaysia dalam Masterchef Selebriti 2.

No comments:

Post a Comment