Malaysia Menang Piala Axiata 2013


Salam semua...

Tahniah diucapkan kepada pasukan malaysia kerana berjaya menjulang Piala Axiata untuk tahun 2013. Ternyata kejutan yang dilakukan pemain No. 1, Datuk Lee Chong Wei untuk tampil buat kali pertama pada Piala Axiata berjaya menguatkan lagi strategi skuad negara untuk mengungguli kejohanan berpasukan berprestij itu.
Artikel dipetik dari Kosmo: 
Pada aksi tersebut, skuad negara ketinggalan 0-1 apabila perseorangan wanita, Sonia Cheah Su Ya tewas 16-21, 17-21 kepada pemain No.8 dunia, Ratchanok Intanon pada perlawanan pertama. 
Begitupun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan menerusi gandingan mantap beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mudah menundukkan Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam untuk mengikat Thailand 1-1.
 Pada aksi kedua itu, beregu campuran No. 5 dunia itu mengalahkan Prapakamol-Thoungthongkam (No. 6) 21-16, 21-12.
Chong Wei yang tampil dalam perseorangan lelaki, menyumbangkan mata kedua negara apabila menewaskan pemain No. 25 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-18.
Kemenangan Malaysia disahkan oleh beregu utama negara, Tan Boon Heong-Koo Kien Keat yang menewaskan Boonsak Ponsana-Songphon Anugritayawon 21-10, 21-17.
Pada edisi pertama tahun lepas, kedua-dua pasukan negara, Malaysia Tiger dan Malaysia Leopard tersingkir pada pusingan separuh akhir selepas tewas kepada Indonesia Garuda dan Indonesia Rajawali.

Artikel Penuh: Kosmo
Hakcipta terpelihara 

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka