April 23, 2013

Big Bad Wolf Books Melaka

Salam semua...

Big Bad Wolf akan ke Melaka pada bulan 5 ini. Mereka telah pun mengumumkan dalam laman web Facebook mereka pada minggu lepas yang mengatakan mereka akan pergi ke Melaka selepas Johor.



Untuk pengetahuan semua, Big Bad Wolf Books merupakan pesta buku yang menawarkan buku dengan potongan harga sehingga 80% mejadikan buku tersebut semurah RM5.00 sahaja.

Sebelum ini Big Bad Wolf Books hanya mengadakan pesta buku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan atas permintaan ramai, Big Bad Wolf telah pergi ke seluruh Malaysia termasuk di Pulau Pinang dan pada hujung minggu ini di Kuantan.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Big Bad Wolf Books di Melaka. Buat masa ini, mereka belum mengumumkan tarikh dan tempat. Sebarang info akan dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment