September 6, 2013

Catfish TV Show

Salam semua...


Catfish merupakan sebuah rancangan realiti televisyen yang ditayangkan di saluran MTV. Rancangan ini mula ditayangkan pada tahun 2012 dan sudah mempunyai 2 siri. Rancangan ini berdasarkan filem Catfish pada tahun 2010.



Rancangan ini membongkar kebenaran dan pembohongan dalam "online dating". Di internet, Catfish merupakan gelaran yang diberikan kepada orang yang mencipta profil peribadi palsu di laman media sosial dan berpura-pura menjadi seseorang yang lebih menarik daripada diri mereka yang sebenar , dengan menggunakan gambar orang lain dan maklumat biografi palsu. "Catfish" biasanya berhasrat untuk menipu orang yang tidak merasa curiga dengan mereka. Istilah "Catfish" berasal dari tajuk sebuah filem dokumentari 2010, di mana pembikin filem Nev Schulman mendapati bahawa dia telah ditipu oleh seorang wanita yang mempunyai anak berumur 4 tahun berpura-pura menjadi wanita berumur 20 tahun.

Opinion : Aku dah tengok season 1 dan memang sangat menarik bila dorang dating dalam dunia maya, cantik dan handsome, tapi bila jumpa dalam dunia realiti, tak macam yang diharapkan. Ada pulak yang berlakon jadi lelaki padahal perempuan. Bila Nev (mangsa) buat filem,baru kita nampak seseorang tu menipu dalam dunia maya. Season 2 akan premier hujung minggu di MTV. Bolehlah tengok :)

No comments:

Post a Comment