September 4, 2013

The Master's Sun Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : The Master's Sun
Genere : Seram, Romantik, Komedi
Episode : 16
Masa : Rabu & Khami, 9.00 malam di One HD

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita, Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) yang boleh melihat hantu dan seorang lelaki, Joo Jong Won (So Ji Sub) yang cuba untuk melindungi beliau. Drama ini merupakan sebuah drama ngeri dan mempunyai unsur-unsur romantik dan komedi.



Pelakon utama dalam drama ini ialah Gong Hyo Jin yang popular dalam drama Greatest Love dan So Ji Sub yang popular dalam drama Ghost. Pelakon pembantu dalam dalam drama ini ialah Seo In Guk yang popular dalam drama Reply 1997 dan Kim Yoo Ri yang berlakon dalam drama Cheongdamdong Alice.

Drama ini masih memegang tempat pertama untuk slot drama Rabu dan Khamis di Korea mengalahkan drama MBC Two Weeks dan drama KBS Knife and Flower.

Opinion : Watak Tae Gong Sil yang dimainkan oleh Gong Hyo Jin sangat menarik perhatian aku sebab dia seorang pelakon yang hebat. Walaupun tak nampak hantu tersebut, dia boleh berlakon seolah-olah hantu tersebut ada di depan mata. Aku suka watak dia yang blur dan kelakar.

No comments:

Post a Comment