January 23, 2014

Asrama oleh Muhammad Fatrim

Salam semua...






Tajuk : Asrama
Penulis : Muhammad Fatrim
Mukasurat : 288
Rating :










“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

Buku ni sangat menarik dan best. Kepada peminat cerita seram, anda mesti baca buku Asrama.

Buku ni menceritakan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang ingin bersekolah di harian walaupun sewaktu PMR dia telah di asrama penuh. Selepas mendaftar di asrama sekolah harian biasa, pelbagai kejadian pelik berlaku ke atas Dahlia.

Ending cerita ni sangat-sangat menarik, penulis Asrama sangat kreatif. Barulah terjawab kenapa dari awal ayah Dahlia tak nak Dahlia masuk ke sekolah harian tu sebab ada sejarah antara ayah Dahlia dengan sekolah. Ingatkan dah penghabisan cerita, rupa-rupanya ada lagi penghabis yang lagi mengejutkan.


Penulis ada juga masukkan info tentang orang Sabah macam hari perayaan mereka dan aktiviti yang mereka lakukan. Tapi aku tertanya-tanya, betul ke ada Pengait tu?

Bila baca novel ni teringat masa kat asrama dulu, rindu suasana asrama. Ada jugak dengar cerita hantu, tapi tak lah sampai ada ritual besar-besaran. Setakat cerita kawan-kawan nampak tu adalah, tapi aku sendiri tak pernah lalui perkara seram masa duduk di asrama.


Aku ingatkan Maria dengan Ira yang ada sembunyikan sesuatu, rupanya roomate Dahlia yang tak wujud, patutlah bilik Dahlia panas je bila malam Jumaat

2 comments: