January 22, 2014

Fixi Verso oleh Fixi

Salam semua...

Rata-rata peminat novel di Malaysia mesti kenal dengan syarikat FIXI yang popular dengan buku bergenre seram atau thriller. Fixi memperkenalkan label syarikat terbaru mereka iaitu Fixi Verso selepas berjaya dengan Fixi Novo. Fixi Novo merupakan label syarikat Fixi untuk menterjemahkan novel antarabangsa yang laris.


"Kami beri tumpuan kepada novel baru (selalunya tak melebihi 3 tahun) yang difikir (atau diharap!) dapat menepati selera pembaca Fixi secara khususnya dan pembaca Malaysia secara amnya. Tiada elemen yang akan diubah atau disunting daripada novel asal, tetapi nota kaki akan ditambah bila dirasakan perlu untuk menerangkan beberapa terma." - Blog Fixi

Setakat ini Fixi Verso telah menerbitkan 2 buah buku iaitu Lautan Di Hujung Lorong dan Joyland.








Tajuk asal : The Ocean at The End of The Lane
Penulis : Neil Gaiman
Penterjemah : Adib Zaini
Mukasurat : 250













Tajuk : Joyland
Penulis : Stephen King
Penterjemah : Murni Mansor
Mukasurat : 388










Diharap Fixi Verso terus menterjemah buku-buku "bestseller" untuk pembaca. Buku Fixi Verso ni sudah mula dijual di laman web Fixi atau di kedai buku I am Lejen.

Aku teringin nak baca Neil Gaiman punya buku tu, tapi ramai orang review kata buku tu macam mengelirukan. Boleh cuba baca dulu bab awal novel ni dekat website Fixi sebelum beli.

No comments:

Post a Comment