April 23, 2014

Shila Amzah Love Concert

Salam semua...


Sebagai membalas jasa peminat-peminat, Shila Amzah bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia dan China. Shila telah mengadakan sidang akhbar untuk konsert tersebut di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan hangat dari pihak media Melayu mahupun Cina.

Menariknya tentang sidang media tersebut, apabila media Cina mengajukan soalan, Shila menjawab soalan tersebut dalam bahasa Mandarin kerana dia merasakan dengan menguasai bahasa tersebut dia dapat mengembangkan lagi sayapnya di China.




Shila bakal mengadakan dua buah konsert solo yang akan berlangsung di Shanghai, China pada 16 Ogos dan Kuala Lumpur pada 13 September 2014. Konsert tersebut bakal dianjurkan oleh Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd.dan turut menggunakan khidmat Jennifer Thompson sebagai penerbit dan Helen Yap selaku pengarah muzik.

Konsert tersebut akan berlangsung selama satu jam setengah dengan 20 buah lagu yang bakal dinyanyikan oleh Shila Amzah. Harga tiket bermula serendah RM88 hingga RM268.Tiket tersebut boleh dibeli melalui Tiket Charge tidak lama lagi



No comments:

Post a Comment