Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

April 23, 2014

Shila Amzah Love Concert

Salam semua...


Sebagai membalas jasa peminat-peminat, Shila Amzah bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia dan China. Shila telah mengadakan sidang akhbar untuk konsert tersebut di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan hangat dari pihak media Melayu mahupun Cina.

Menariknya tentang sidang media tersebut, apabila media Cina mengajukan soalan, Shila menjawab soalan tersebut dalam bahasa Mandarin kerana dia merasakan dengan menguasai bahasa tersebut dia dapat mengembangkan lagi sayapnya di China.


April 8, 2014

Big Bad Wolf di Melaka

Salam semua...

Selepas Big Bad Wolf pergi ke Pulau Pinang pada bulan 3 yang lepas, mereka akan pergi ke destinasi yang seterusnya iaitu di Melaka. Seperti tahun lepas, Big Bad Wolf akan diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC).


March 23, 2014

Big Bad Box Sale

Salam semua...


Big Bad Wolf sekali lagi mengadakan pesta buku di Mines International Exhibition Centre (MIECC) tetapi kali ini dengan sedikit kelainan. Seperti yang semua sedia maklum, Big Bad Wolf merupakan pesta buku dimana mereka menjual semua buku dengan diskaun sehingga 95%.

Tetapi kali ini Big Bad Wolf membuat kelainan dengan Big Bad Box Sale. Para pelanggan hanya perlu membeli kotak sahaja dan semua buku adalah percuma. Mereka perlu memenuhkan kotak tersebut dengan buku-buku yang mereka pilih dengan syarat kotak tersebut boleh ditutup dengan rapat. Terdapat 2 pilihan kotak. Kotak yang bersaiz kecil berharga RM79.90 dan kotak besar berharga RM99.90

March 20, 2014

Putrajaya International Book Fair 2014

Salam semua...


MPH menganjurkan sebuah pesta buku antarabangsa yang bermula pada 19 Mac hingga 23 Mac 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Banyak acara menarik yang diadakan sepanjang pesta buku tersebut berlangsung.


Antara program yang menarik ialah sesi bertemu dengan penulis New York Bestseller iaitu Lauren Oliver yang popular dengan buku triloginya iaitu Delirium dan buku terbarunya iaitu Panic. Selain dari itu, terdapat juga sesi sembang santai bersama penulis-penulis Lejen Press iaitu Nami Cob Nobbler, Wan Shafiq, Naufal Tarmizi dan Syafie Mahyani.

March 2, 2014

Konsert Taylor Swift di Malaysia

Salam semua...


Penyanyi terkenal Taylor Swift bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 11 Jun 2014 ini. Konsert Taylor Swift Red Tour tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula jam 8.30 malam. Seperti yang tertera di gambar, tiket boleh mula dibeli pada 1 Mac 2014.

Untuk konsert ini, Taylor akan mempersembahkan lagu-lagu di dalam album Red yang mempunyai lagu popular seperti "We Are Never Ever Getting Back Together", "I Knew You Were Trouble", "22" dan banyak lagi.Tiket untuk konsert Taylor Swift bermula pada harga RM295 hingga RM725.

October 4, 2013

Big Bad Wolf 2013

Salam semua...



Jualan buku murah terbesar di Malaysia kembali lagi untuk tahun 2013, sebelum ini, Big Bad Wolf telah pergi ke beberapa negeri untuk mengadakan jualan buku termasuk Melaka. Kali ini, mereka akan mengadakan jualan buku di MIECC, The Mines pada 6-15 Disember 2013.

December 8, 2012

Golden Disk Award in Kuala Lumpur

Salam semua...


Golden Disk Award akan diadakan di Kuala Lumpur,Malaysia pada 15 dan 16 Januari 2013. Golden Disk Award merupakan Anugerah yang paling berprestij di Korea dan telah mendapat gelaran Grammy Award Korea.Tahun sebelum,Anugerah ini telah diadakan di Jepun dan kali ini Malaysia menjadi pilihan untuk Anugerah berprestij ini.


Sama-sama kita nantikan Anugerah breprestij ini.Berikut merupakan harga tiket untuk Anugerah ini.

November 25, 2012

Muzik Muzik 27 Final

Salam semua..


Pertandingan akhir akan berlangsung pada 6 Januari 2013.Seramai 12 finalis akan bertanding di peringkat akhir ini.
  1. Idola - Azlan & The Typewriter
  2.  Pelangi Senja - Stacy
  3. Anak Kampung - One Nation Emcee & Jimmy Palikat 
  4. Terukir di Bintang - Yuna
  5. Tanpamu - Amir Jahari
  6. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
  7. Lagu - Bedroom Sanctuary
  8. Teman Pengganti - Black & Malique

November 11, 2012

Muzik muzik 27 Semifinal

Salam semua..


Sebanyak 30 buah lagu akan bertanding untuk mendapat tempat di pertandingan akhir Muzik Muzik 27 yang akan berlangsung pada Januari 2013. Sebanyak 12 lagu akan layak ke pertandingan akhir Muzik muzik 27.Muzik muzik 27 akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.Kumpulan pertama akan bertanding pada 11 November,kumpulan kedua pada 18 November dan kumpulan ketiga pada 25 November.

Lagu-lagu yang bertanding untuk Muzik muzik 27 :

11 November 2012
1. Cerita Dia - Drama Band 
2. Idola- Azlan & The Typewriter
3. Watak- Hafiz
4. Aku Datang - Tomok
5. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Jerrypah - Aizat
8. Majnun - Hazama
9. Pencinta Terbaik - Sofaz
10. Kasanova - Stacy
11. Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

October 21, 2012

ABU Song Radio Song Festival

Salam semua...

Pada 11 Oktober yang lalu di Seoul,South Korea telah berlangsung ABU Song Radio Festival dan ABU TV Song Festival dan Malaysia telah mengambil bahagian dalam festival tersebut.



Malaysia telah mengharumkan nama negara dengan mendapat Anugerah Jury bagi ABU Song Radio Festival yang dimiliki oleh K-Town Clan. Seramai 26 buah negara telah mengambil bahagian dalam festival tersebut dan seramai 13 orang yang mara ke peringkat akhirnya.Kedua-dua peserta Malaysia layak ke peringkat akhir.

K-Town Clan yang mendapat Anugerah Juri

October 19, 2012

2NE1 Global Tour Malaysia

Salam semua


Kumpulan terkenal 2 NE1 akan mengadakan Evolution Tour mereka di Malaysia pada 8 December 2012 ini di Stadium Melawati. 2NE1 terkenal dengan gaya mereka tersendiri dan popular dengan lagu I am The Best,Ugly, I Love You dan banyak lagi. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang iaitu CL,Dara,Minzy dan Park Bom.

October 18, 2012

Wonder Girls Wonder World Tour in Malaysia

Salam semua..

13 Oktober yang lalu,kumpulan Wonder Girls telah mengadakan konsert di Stadium Negara,Kuala Lumpur.Yang menarik,Wonder Girls telah mengenakan pakaian traditional Malaysia iaitu baju kurung ketika mengadakan persembahan tersebut.



Mereka berbaju kurung sambil menyanyikan lagu popular mereka iaitu Be My Baby.Saksikan :)

September 22, 2012

Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012

Salam semua...


Agak lambat untuk aku buat entry pasal pertandingan Asian Wave 2012 tapi kena buat jugak sebab orang Malaysia dapat tempat pertama daripada 11 orang peserta. Shila Amzah memulakan pertandingan Asian Wave dengan membawa lagu Adele, Set Fire to the Rain.



September 15, 2012

PIKOM PC Fair 2012

Salam semua..

Bermula hari ni iaitu 14 September hingga 16 September 2012 PC Fair anjuran PIKOM berlangsung di MITC,Melaka.


Lepas balik kelas tadi,aku terus pergi terjah PC Fair saje nak cuci mata tapi tak best sangat kali ni punya fair sebab macam tak penuh je.Nak snap gambar malas tapi memang tak banyak booth kalau nak compare dengan PC Fair yang sebelum-sebelum ni.Sempat jugak aku tengok beberapa gadget macam Galaxy Note 10.1 yang harganya RM2099,murah sikit dari harga official, RM2199.

August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei the BEST

Salam semua..

Terharu.Itulah yang dapat digambarkan bila pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hantar tweet "I'm Sorry" selepas kalah dengan Lin Dan.Aku tak mampu nak cakap Lee Chong Wei kalah sebab dia sangat hebat sebab dah dapat 2 silver medal untuk Malaysia.


Sedih tengok dia bagi komen dekat channel Arena tadi.Nampak yang dia hampa walaupun tak menang,tapi ramai orang bangga dengan perlawanan akhir tadi sebab Lee Chong Wei main dengan bersungguh-sungguh. Dia dah pun jadi atlet terbaik negara di Olimpik sebab dapat sumbang 2 silver.

Tengok je bertapa ramai yang sokong Lee Chong Wei walaupun dapat silver.Nombor 3,7 dan 8 trending worldwide hanya untuk wira badminton negara.Aku yang tak berapa nak ambil tahu pasal sukan ni jadi teruja pulak bila Olimpik London 2012.

August 3, 2012

Free Baskin Robins Ice Cream

Salam semua...

Tajuk provakatif.Berita tersebar cepat apabila Baskin Robin mengumunkan yang mereka akan memberikan ais krim percuma untuk semua jika Malaysia dapat membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik London 2012.


Menurut sumber yang aku baca dari Bernama,mereka akan memberikan ais krim tersebut pada 8 Ogos 2012 diseluruh outlet Baskin Robins bermula jam 8.00 - 10.00 malam.Setiap orang akan dapat satu scoop aiskrim.

Peluang semakin cerah sebab Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mara ke final setelah mengalahkan Chen Long.Makin hampir untuk mengejar pingat emas.All the best Malaysia :)

July 31, 2012

Rumah Anak Yatim Islam Jasin

Salam semua..

Bulan-bulan puasa ni lagi elok kalau beramal.Dengan prinsip tersebut,aku pun telah melibatkan diri dengan program berbuka puasa bersama anak yatim di Jasin,Melaka.


Program tersebut sebenarnya bermula pagi,tapi aku tak dapat join sebab ada MUET,so aku datang masa nak berbuka.Sebelum ni aku ada join jugak program Explorace bersama anak yatim yang sama,kiranya kenal jugak anak-anak yatim dekat Jasin tu.Penasihat kelab nak jadikan anak-anak yatim tu sebagai anak angkat kelab,dapatlah kitaorang adik-adik angkat yang ramai.



June 27, 2012

AEON Member Day

Salam semua..

Untuk pengetahuan especially orang Melaka.Hari Khamis ni bersamaan dengan 28 Jun 2012 ada AEON Member Day di Jaya Jusco Ayer Keroh Melaka.Siapa yang dah biasa memang tahu apa tu Member Day. Event ni terbuka untuk ahli AEON sahaja. Harga barang memang dapat diskaun untuk hari tersebut dan setiap pembelian yang ditetapkan akan dapat boucer.


Sorry gamba kecik.Sebelum ni AEON Member Day dikenali sebagai J Card Day.Berikut detail untuk hari tersebut.

Date : 28 June 2012 (Thursday)
 
Time : 9.00am - 11.00pm
 
Venue : AEON Melaka (Ayer Keroh)

You are welcome to bring along TWO(2) friends.
 
(Please present your AEON MEMBER / J CARD upon entry)

June 19, 2012

B.A.P in Malaysia

Salam semua...

Kumpulan rookie dari Korea Selatan bakal mengadakan showcase mereka yang pertama di Malaysia pada 6 Julai 2012 di KL Live Centre,Kuala Lumpur.



Mereka yang debut pada awal tahun 2012 telah mendapat perhatian peminat k-pop kerana mempunyai personaliti berbeza dari kumpulan k-pop yang lain.Kini mereka mempunyai 2 single iaitu Warrior dan single terbaru yang bertajuk Power.





November 26, 2011

2011 Melon Music Award

Salam semua...

Pada 24 Oktober 2011 satu acara telah diadakan iaitu Melon Music Award.Acara ini merupakan antara acara berprestij umtuk artis Korea selain MAMA,Seoul Music Award dan lain-lain.

Ramai artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut antaranya IU,Beast,Super Junior,SISTAR dan lain-lain.

IU

BEAST

Senarai penuh artis yang memenangi anugerah untuk majlis tersebut.

Artist: BEAST
Album: 2NE1
Best Song: IU menerusi lagu Good Day
New Artist: Huh Gak
Hot Trend: GG (Park Myung Soo & G-Dragon)
Netizen Popularity: Super Junior
Music Video: T-ara ( Roly Poly)