July 14, 2014

Diagnosis oleh Anwar Fazal

Salam semua...









Tajuk : DIAgnosis
Penulis : Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Halaman : 142
Harga : RM20.00











Sinopsis
Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:
1) Kaya
2) Bergaya
3) ’Glamour’
4) Rasa ‘Superior’
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh  buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat


Buku yang sangat menarik tentang pengalaman menjadi seorang doktor.
Buku ini diceritakan dari pandangan seorang doktor terhadap pesakit dan orang yang berada disekelilingnya. Bagaimana seorang doktor berhadapan dengan pesakit dan masalah dalam kehidupan seharian

Antara 3 penulis, aku paling suka penulisan Dr Anwar Fazal. Mungkin disebabkan penulisan Dr Anwar Fazal ringkas tetapi memberi impak kepada pembaca.

Untuk pembaca yang gemar cerita tentang keluarga ataupun yang bakal bergelar doktor, buku ini patut menjadi pilihan

No comments:

Post a Comment