July 17, 2014

Tertulis di Bintang-Bintang

Salam semua...

Buku yang berjudul Tertulis di Bintang-Bintang merupakan terjemahan kepada buku popular "The Fault In Our Stars". Untuk pengetahuan semua, buku ini di terjemahkan oleh pihak Fixi Verso. Dan buku asal ini juga telah dijadikan filem dengan menggunakan tajuk yang sama.






Tajuk : Tertulis Di Bintang-Bintang
Penulis : John Green
Penterjemah : Birsilah Bakar
Muka surat : 326
Harga : RM 24.90











Bab terakhir hidup Hazel Grace Lancaster sudah siap tertulis ketika dia didiagnos dengan kanser. Walaupun tumornya mengecil dengan keajaiban perubatan yang dinamakan Phalanxifor, dia hidup dengan penantian yang tak kunjung tiba sehinggalah suatu hari di Kumpulan Sokongan, kejutan paling besar dalam hidupnya muncul dalam bentuk seorang budak lelaki hot bernama Augustus Waters.
Ini cerita tentang kesan-kesan sampingan kepada evolusi manusia yang berani memilih untuk jatuh cinta.
Tapi tak semua yang tertulis di bintang-bintang itu sempurna.
Buku ini telah pun masuk cetekan kedua hanya selepas beberapa minggu dilancarkan dan filem ini juga sedang ditayangkan di Malaysia.  Dan aku menggalakkan agar pergi tengok filem ini sebab skrip dalam filem ni memang sangat menarik.

No comments:

Post a Comment