July 17, 2014

Kapal Terbang MH17 Terhempas

Salam semua...



Kapal terbang MH17 itu dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 18 Julai 2014 selepas berlepas dari Amsterdam pada 17 Julai 2014. Pihak MAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pesawat MH17 tetapi berita-berita dari luar negara seperti Reuters melaporkan bahawa kapal terbang tersebut terhepas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia


Pesawat penumpang MAS dengan 295 orang di atas kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada hari Khamis, agensi berita Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata. Pesawat Boeing terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, katanya. Reuters tidak dapat segera mengesahkan laporan itu.- Petikan dari Reuters-

 Sumber Express UK

Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan agar dijauhkan dari bahaya sambil menunggu kenyataan rasmi dari pihak MAS.

Terkini :

Lagi gambar dari tempat kejadian.


Gambar dari pihak Reuters. Tapak nahas kapal terbang Malaysia Airlines dalam penyelesaian Grabovo di rantau Donetsk


Berita di luar negara mengatakan bahawa pesawat MH17 di tembak dan kesemua penumpang 295 termasuk krew maut. Tetapi kenyataan rasmi masih belum di keluarkan oleh pihak MAS. #pray4MH17

MH17 ditembak oleh pihak pemisah di Timur Ukraine dan wartawan Reuters berada di tempat kejadian mengatakan melihat bangkai pesawat MH17 terbakar.






2 comments:

  1. Belum ada kenyataan rasmi lg k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum,MAS belum keluarkan kenyataan rasmi. awani inform pihak MAS akan inform ahli keluarga dulu baru keluarkan kenyataan rasmi.

      Delete