September 5, 2012

The Watch Movie Review

Salam semua..

Sebelum balik ke kolej,sempat aku tengok satu movie yang bertajuk The Watch. Aku tengok trailer movie ni kelakar sebab ada pelakon lawak Ben Stiller tu.Lagi pun masa nak tengok movie,tak ada choice lain.So decide tengok movie The Watch yang hanya untuk 18 tahun ke atas.


Movie ni mengisahkan tentang seorang pekerja yang telah mati ditempat kerjanya iaitu Costco.Dan pada ketika itu Evan Trautwig lakonan Ben Stiller merupakan pengurus untuk kedai tersebut.Dengan memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus,dia nekad untuk mencari pembunuh sebenar pekerjanya itu. Tak disangka-sangka,pembunuh itu merupakan alien.

Part yang twist bila dapat tahu yang boyfriend anak kawan Evan Trautwig tu merupakan ketua alien dan cara untuk membunuh alien dengan cara menembak alat kemaluan alien tersebut.



September 2, 2012

KBS World in HD

Salam semua..


KBS World dalam HD mulai 3 September 2012 ni.Mula-mula dengar berita ni aku sangat teruja sebab dah lama aku tengok KBS World gambar tak berapa nak lawa sangat kalau nak dibandingkan dengan ONE HD tu.


Tapi tak tahulah bila Astro nak mula tayang KBS World HD.Harap-harap Astro keluarkan channel tu tepat pada waktu channel tu dilancarkan.Bergembiralah kalau perkara tu jadi sebab lepas ni boleh tengok drama dalam HD,Music Bank dalam HD dan variety show dalam HD :)

August 31, 2012

Galaxy Note 2

Salam semua..

Sudah hampir setahun Galaxy Note diperkenalkan oleh pihak Samsung dan pada 29 Ogos 2012 yang lepas,pihak Samsung telah mengeluarkan gadget terbaru mereka iaitu Galaxy Note 2.


Sekali pandang macam Galaxy S3 cuma besar sikit sebab skrin Galaxy Note 2 ni 5.5 inci.Spesifikasi yang lain tu biasa-biasa je cuma banyak lagi yang baru Galaxy Note 2 ni boleh buat.Korang boleh tengok video tutorial ni.