Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

October 31, 2014

Harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

Salam semua...


Kepada sesiapa yang belum mengetahui, Apple akan mula menjual gadget terbaru mereka di Malaysia pada 6 November ini dan mula dijual di seluruh cawangan Apple di Malaysia dan juga di Maxis, Digi dan Celcom. Setelah beberapa bulan dilancarkan, akhirnya iPhone versi baru bakal dijual di Malaysia.

Harga iPhone 6
16Gb - RM 2399
64GB - RM 2749
128GB - RM3149

September 3, 2014

Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Note 4 dan Galaxy Note Edge. Note 4 merupakan telefon pintar yang ditambahbaik daripada Note 3 tanpa secara perubahan yang drastik dari segi rupa atau fungsi. Note 4 akan mula dijual pada bulan Oktober.


Note 4 hadir dengan skrin 5.7-inci, memori 32GB, 3GB RAM, dan bateri 3220mAh. Selain daripada Note 4, Samsung juga turut melancarkan Note Edge dimana skrin bahagian tepi Note Edge melengkung di bahagian tepi.


Dari segi spesifikasi, Note Edge mempunyai spesifikasi yang sama dengan Note 4 tetapi kurang 0.1 inci dari Note 4 iaitu 5.6 inci. Skrin melengkung dibahagian tepi mempunyai fungsi notifikasi dan fungsi shortcut tanpa perlu diletakkan pada bahagian skrin utama.


Turut dilancarkan Samsung Gear S dan Samsung Gear VR. Samsung Gear S merupakan jam tangan pintar yang terbaru dari Samsung manakala Samsung Gear VR merupakan headset realiti maya atau virtual reality headset dimana pengguna dapat merasai dunia maya melalui Gear VR. Samsung bekerjasama dengan Oculus Rift untuk menghasilkan Gear VR tersebut.

Samsung Gear S

Samsung Gear VR

Aku paling tertarik dengan Note Edge tu bila tengok hands on dekat The Verge. Memang menarik sebab notification boleh tengok dari tepi tanpa perlu tengok skrin utama. Mesti lagi mahal lagi Note Edge dari Note 4.
Sumber gambar : The Verge

August 28, 2014

Jam Tangan Pintar Samsung Gear S

Salam semua...


Samsung memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Samsung Gear S. Enam bulan selepas Samsung mengumumkan yang smartwatch generasi kedua, mereka melancarkan satu lagi jam tangan terbaru, Gear S.

Kali ini terdapat satu sentuhan tambahan, iaitu jam tangan pintar yang pertama dari Samsung dengan sambungan 3G terbina di dalam . Gear S mempunyai 512MB RAM dan 4GB memori dalaman.

Spesifikasi Gear S

- 2.0” Super AMOLED (360 x 480)
- Accelerometer, Gyroscope, Compass, Heart Rate, Ambient Light, UV, Barometer
- 39.8 x 58.3 x 12.5T
- 300mAh Li-ion

August 13, 2014

Samsung Galaxy Alpha

Salam semua...


Samsung akhirnya melancarkan telefon terbaru mereka iaitu Galaxy Alpha yang mempunyai ciri-ciri premium. Galaxy Alpha merupakan telefon pintar dengan bingkai logam. Alpha merupakan ultra-nipis (6.7mm) telefon Android dengan paparan 4.7 inci 720p, kamera 12-megapixel, 1,860mAh bateri (agak kecil), cip pemprosesan Quadcore atau  Octacore. Galaxy Alpha tidak menyertakan sebarang slot mikro-SD. Ia akan mula dijual pada bulan September ini, tetapi Samsung belum lagi mengumumkan harga.

March 17, 2014

Samsung Galaxy S5 di Malaysia

Salam semua...

Seletah di lancarkan kepada semua pada bulan Februari yang lalu, akhirnya Samsung Galaxy S5 bakal dilancarkan secara rasminya pada 27 Mac ini dan mula dijual bermula April ini.


February 23, 2014

Samsung Galaxy S5

Salam semua...

UPDATED...

Samsung S5 telah dilancarkan dan didatangkan dengan 4 warna electric blue, shimmery white, charcoal blakc dan copper gold . Samsung Galaxy S5 menggunakan pemprosesan Snapdragon 801Quadcore 2.5GHz dengan 2GB RAM dan mempunyai skrin sebesar 5.1 inci dengan Full HD Super Amoled. Untuk kamera pula Galaxy S5 didatangkan dengan kamera 16 MP dengan sokongan rakaman 4K.


Galaxy S5 akan mula dijual pada April 2014 dan Malaysia juga mungkin menjadi negara yang terawal untuk menjual S5 seperti S4 sebelum ini. Aku rasa macam biasa je handphone ni cuba nampak macam cantik tapi still plastik casing Galaxy S5. Mungkin Samsung ada upgrade untuk meletakkan sensor jari dan nadi walaupun fungsi tersebut dah ada dekat telefon yang lain.


Samsung mengadakan acara Unpacked 5. Dalam acara tersebut mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung S5 pada 25 Februari 2013 (waktu Malaysia).

Banyak ura-ura mengatakan yang Samsung S5 akan mempunyai ciri-ciri kalis air dan teaser untuk Samsung S5 disertakan dengan perkataan Wet5.

October 9, 2013

iPhone 5C dan 5S di Malaysia

Salam semua...


Berita baik untuk pencinta gadget, Apple akan mula menjual handphone terbaru mereka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia pada 1 November 2013. Buat masa ini harga masih belum diketahui.

April 26, 2013

Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Salam semua...

Pada 27 April 2013 bersamaan dengan hari esok bersamaan dengan pelancaran gadget terbaru dari Samsung iaitu Galaxy S4. Malaysia merupakan antara negara yang terawal mendapat telefon tersebut.



November 30, 2012

iTunes 11 Menarik

Salam semua...


Buat pengguna iTunes,syarikat Apple telah pun mengeluarkan iTunes terbaru iaitu iTunes 11. iTunes merupakan aplikasi media player dari Apple Inc yang memfokuskan kepada iTunes Store dan memudahkan pengguna gadget Apple menguruskan file.

 iTunes 11 mempunyai interface yang lebih mudah untuk digunakan oleh orang ramai. Perkara yang baru diperkenal oleh iTunes 11 ialah kebolehan untuk melihat lagu yang akan dimainkan seterusnya dengan mudah.
 

October 11, 2012

Harga Galaxy Note 2

Salam semua...


Samsung secara rasmi melancarkan Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia dengan harga RM2299 dan akan dijual bermula 19 Oktober 2012.Harga tersebut tinggi sedikit berbanding Galaxy Note 10.1 dan Galaxy S3.Tapi tidak berapa jauh perbezaan harga tersebut.


Bagi sesiapa yang tak tengok lagi betapa canggih Galaxy Note 2,sila saksikan video ini.


August 31, 2012

Galaxy Note 2

Salam semua..

Sudah hampir setahun Galaxy Note diperkenalkan oleh pihak Samsung dan pada 29 Ogos 2012 yang lepas,pihak Samsung telah mengeluarkan gadget terbaru mereka iaitu Galaxy Note 2.


Sekali pandang macam Galaxy S3 cuma besar sikit sebab skrin Galaxy Note 2 ni 5.5 inci.Spesifikasi yang lain tu biasa-biasa je cuma banyak lagi yang baru Galaxy Note 2 ni boleh buat.Korang boleh tengok video tutorial ni.


May 9, 2012

Wordless Wednesday : Samsung Galaxy S3

Salam semua.

 


p.s : TERINGIN .SG3.

March 29, 2012

Nokia 101

Salam semua...

Siapa pernah dengar handphone nokia 101? Handphone tu tak la secanggih mana tapi untuk orang yang suka handphone dual sim,memang sesuai untuk korang.


Simple je phone ni.Tak ada spec yang menarik pun selain dari 2 sim.Tak ada camera tapi ada MP3 dan boleh letak memory kad sampai 16GB.Aku pun tertarik dengan phone ni dan beli dengan harga RM 120.Disebabkan ada 2 sim,so boleh la letak sekali 2 kan.Senang je.

October 6, 2011

RIP Steve Jobs (1955-2011)

Salam semua..

Hari ini dunia dikejutkan dengan kehilangan seorang genius teknologi yang telah mempopularkan telefon pintar kepada dunia. Beliau merupakan pengasas syarikat gergasi Apple iaitu syarikat yang popular dengan gadger seperti iPhone,iPad dan iPod.


Beliau meninggal akibat kanser pancreatic dan kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar dalam industri teknologi.Berikut merupakan sedikit kata-kata daripada Steve Jobs


I want to put a ding in the universe.

‎If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on.

Design is not just what it looks like. Design is how it works.


October 5, 2011

Wordless Wednesday : iPhone 4S

Salam semua

September 27, 2011

Samsung Galaxy S2 terjual sebanyak 10 juta unit

Salam semua...

Dunia smartphone semakin popular dalam kalangan masyarakat sekarang ni. Pengguna Malaysia pun sekarang dah ramai yang guna smartphone. Dan kepada sesiapa yang minat gadget-gadget ni mesti up to date dengan gadget yang terbaru.Sekarang yang tengah laku dan panas kat market mestilah handphone Samsung Galaxy S2. Smartphone ni dilancarkan pada bulan Februari 2011 dan mula dipasarkan diseluruh dunia pada bulan Mei 2011.


Dalam hanya beberapa bulan Samsung Galaxy S2 ni boleh mencecah jualan sebanyak 10 juta unit dan yang paling menarik smartphone ni masih belum dijual di US lagi.Kalau dekat Malaysia tak payah cakaplah,memang bersepah orang jual Galaxy S2 dengan Galaxy Tab.Harga pasaran Samsung Galaxy S2 dekat Malaysia masa pertama kali dijual RM2199 dan boleh dikatakan murah berbanding Samsung Galaxy S sebelum ni iaitu RM2699.

September 2, 2011

Samsung Galaxy Note

Salam semua...

 Siapa dekat sini peminat Android.Pada 1 Sepetember berlangsung acara Samsung Unpacked di Berlin,German dimana samsung telah memperlihatkan 3 gadget keluaran terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note,Samsung Galaxy Tab 7.7 dan Samsung Wave 3.

Yang lain dari lain ialah Samsung Galaxy Note yang boleh dikatakan separuh tablet dan separuh smartphone.Bersaiz 5.3 inch dan menggunakan OS 2.3 Gingerbread dan yang paling menarik sekali smartphone tersebut didatangkan dengan stylus.



Amacam,cun tak.memang nice betul smartphone ni.Walaupun agak besar,tapi memang sekarang ni tablet pun dah laku,so tak ada masalah kalau guna besar-besar pun.Bagi sesiapa nak tengok macam mana smartphone beroperasi,jom tengok video ni..


Smartkan,siap ada pen boleh cut gambar lagi,kira macam HTC Flyer lebih kurang tapi up sikit.Sesiapa yang tak nak tengok video ni boleh tengok infographic kat bawah ni..

June 29, 2011

Samsung Galaxy S2 menawan...

Salam semua..

klik gambar

Samsung Galaxy S2 yang baru beberapa hari dilancarkan di Malaysia mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat gadget.Dengan kejayaan Samsung Galaxy S yang terjual hampir 10 juta unit terjual,Samsung mengeluarkan smartphone Galaxy S generasi kedua yang jauh lebih canggih dengan generasi yang sebelum ini antaranya processor yang lebih laju,kamera yang lebih tinggi megapixel,Android 2.3 dan lain-lain lagi.

June 12, 2011

Samsung Chromebook

Salam semua..

Setelah Google berjaya membuat fenomena dengan mengeluarkan Operating System (OS) Android yang semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia kini.Google sekali lagi bekerjasama dengan Samsung dengan mengeluarkan Chromebook.Chromebook merupakan notebook yang mengunakan OS Google Chrome sebagai software utama.



May 4, 2011

iPad 2 yang cun...

Salam semua...

Pada 29 April yang lalu iPad 2 sudah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga serendah RM1499.Bila tengok kat laman web orang buat review pasal iPad 2 macam seronok je tapi apakan daya hanya mampu tengok je.Nampak lagi smart daripada iPad yang sebelum ni sebab lagi nipis dan ada camera.


Secara ringkasnya,memang lagi baguslah daripada iPad yang sebelum ni sebab iOS untuk iPad 2 ni yang paling latest dan processor untuk iPad 2 ni pun baru.Perubahan yang palin ketara adalah pertambahan kamera sebab iPad sebelum tak ada kamera langsung.Selebihnya lebih kurang dengan iPad sebelum ni. Kalau ikut harga,iPad 2 ni rasanya lagi murah daripada yang sebelumnya.

Sumber Soyacincau

Harga iPad dekat Malaysia antara yang murahkan kalau dibandingkan dengan negara lain.Jadi beruntunglah kita.Siapa yang berhajat nak guna iPad bolehlah mula menabung ye.