Rutin harian lain ketika musim peperiksaan SPM ialah berada di wakaf.BELAJAR.TIDUR.BERGELAK-KETAWA dan lain-lain lagi diwakaf.Selalunya duduk di kelas.Tetapi ada perkara menghalang dan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan ke bangunan akademik.Aku akan duduk di wakaf sehingga petang bersama rakan-rakan yang lain.Selain belajar,banyak benda lain yang kami lakukan bersama.Mendengar lagu MEMORI TERCIPTA.Salah satu perkara yang tak dapat dilupa ketika belajar dengan 3 org rakan.
Petang tu,aku duduk dibilik kerana hujan dan keadaan dibilik agak bising disebabkan adanya kad UNO dan beberapa orang rakanku sedang bermain.Aku hanya duduk di katil dan membuka buku kimia.Tiba-tiba,seorang rakanku mengajakku belajar diwakaf.Aku mengikut mereka pergi ke wakaf kerana hujan sudah reda.Kami belajar di wakaf dan beberapa puluh minit kemudian,hujan mula turun dan aku menukar tempat duduk kerana terkena tempias.Hujan mula turun dengan lebat diikuti dengan petir.Melihat air di longkang penuh,salah seorang rakanku mengajakku membuat kapal menggunakan kertas.Aku hanya mengikut rakanku membuat kapal kertas dan menyuruhnya meletakkan di longkang.Sebelum tu,aku sempat menulis Muhd Syukri Mohd Mohtar 9A SPM.Lalu,rakanku melepaskan kapal tersebut ke longkang.Duduk didalam kesejukan.Aku memandang sinis kepada rakanku yang mengajak untuk pergi ke wakaf.Memandang ke arah padang,aku dapat melihat sekawan burung di padang mencari makanan di padang.
"Senangnye dapat cacing tu."kataku
"Hujan-hujan,cacing duduk atas.ko pon nak ke syuk"rakanku berkata sambil ketawa.
Ketika memandang keadaan sekeliling,tiba-tiba.Petir menyambar pokok yang betul-betul di padang tersebut.Semua yang berada diwakaf tersebut terkejut melihat cahaya yang sangat pantas di depan.Melihat cahaya tersebut,kami terus beristhifar.Aku memandang sekali lagi ke arah rakanku yang telah mengajakku belajar di wakaf.
"tu la,nak study lagi kat wakaf."kataku
kami menunggu sehingga hujan reda baru kami bergerak menuju ke surau.Sebelum itu,kawanku yang pergi ke rumah kahwin Cikgu Rofa datang dan menunjuk gambar yang telah diambil ketika berada di majlis tersebut.Selepas itu,kami beredar dari wakaf.
December 20, 2009
December 17, 2009
bola T.A.M.P.A.R

Salah satu kenangan terindah di MRSM Pontian.Bukannya selalu beriadah pun.Tapi sejak hendak meninggalkan maktab,aku seringkali turun untuk bermain bola tampar,paling tidak pun bersiar-siar bersama rakan-rakan.Cukup menarik permainan bola tampar.Perasaan seronok ketika bermain membuatkan aku ketagih untuk bermain bola tampar.Rasanya disebabkan di maktab saja aku dapat bergaul dengan rakan-rakan,dirumah aku bersendirian bertemankan laptop.Walaupun tangan berasa sakit ketika menyambut bola,tapi keseronokan dapat menyambut bola menghilangkan rasa sakit tersebut.Posisi yang paling aku gemar adalah dibelakang sekali kerana orang dibelakang dapat serve bola tersebut.Banyak peristiwa lucu ketika bermain bola tampar.
Ketika itu,team kami menyambut bola dan aku dapat bola tersebut dengan agak baik.Bola itu terus pergi ke pihak lawan dan pada ketika itu salah seorang rakanku mengambil tetapi,entah mengapa,belum sempat untuk mengambil,bola itu terus menuju ke pipinya.Agak kelakar ketika itu.Banyak lagi peristiwa lucu semasa bermain bola tampar.
Rindu nak main bola tampar dengan rakan-rakan.
I LOVE TO PLAY BOLA TAMPAR WITH MY FRIENDS...
December 15, 2009
1 Minggu tanpa S.A.H.A.B.A.T
Pejam celik dah satu minggu tak jumpe ngan kawan-kawan.Memang rindu sangat.Teringat lagi last day kat maktab.
Lepas je habis exam kimia paper 3,ramai kawan-kawan didalam dewan tersenyum.Aku turut tersenyum.Rancangan yg diberi tahu oleh Suleiman akan dilaksanakan.Tengku Asyraf a.k.a Achap bangun dan menyuruh rakan-rakan yg lain bangun.
"bangun semua!Terima kasih cikgu."
Pelajar yg lain turut ikut.Ketua pengawas kali ni amat sporting dan selalu membuat lawak.Pengawas yg lain pun baik dan ade yg menolong pelajar.Selepas mengucapkan terima
masih,aku mendapat nota ringkas diatas tisu dan
aku terus keluar dari dewan tanpa membaca nota tersebut.Aku melihat disekeliling,rakan-rakan bersalaman antara satu sama lain.Ada yg ku lihat menangis kerana sedih meninggalkan rakan-rakan.Aku sempat berjumpa dgn beberapa org rakan utk memberikan gambar sebagai tanda ingatan.Selepas memberikan gambar aku berjalan menuju ke aspura untuk kali terakhir seorang diri.Melihat sekeliling,teringat kenangan yg dibina selama 5 tahun di MRSM.Segala kenangan suka & duka masih terngiang-ngiang.Rasa seperti baru semalam aku mendaftar di MRSM.Baru semalam aku berkenalan dengan rakan-rakan dan membina kenangan yg terindah.Masuk di kelas Yale yg serba banyak karenah.Di sini aku belajar berdikari,belajar tentang keyakinan diri,belajar menjadi usahawan,belajar bergaul dengan orang ramai dan banyak lagi.Sampai di depan aspura,terlihat kereta proton Savvy berwarna hijau menandakan ibuku sudah menunggu.Aku dengan berat hatinya mengangkat satu persatu barang masuk ke dalam kereta.
"syuk,awalnye ko balik"tegur salah seorg rakanku.
"urm,abis tu,nak dok lame-lame kat sini"kalisku
Aku mengangkat barang sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Ada yg bersalam-salaman.Tertarik dengan perbuatan seorang rakanku,Umarul yg menyuruh rakan-rakannya menandatangan baju yang dipakai.Semalam Amir Asmadi buat,hari ni Umarul pulak kataku di dalam hati.Setelah selesai menangkat barang,aku pergi ke bilik rakan sekelasku untuk memberikan gambar sambil bersalaman dengan mereka.Kemudian aku bersalaman dengan rakan-rakan yg lain sehingga dengan roomate ku sendiri,Anas,Rompin,Suhail.
Sambil bersalaman,"Korang sweet memories sgt"kataku kepada roomate.
Aku menunaikan solat asar yang terakhir di surau El-Bukhary MRSM Pontian sebelum melangkah meninggalkan maktab.Perpisahan tu satu yang pasti dalam diri kita.
Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT dan REMAJA...
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..
Masa ini kita akan membawa haluan masing-masing...
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di tempat sekecil kelas,bergurau,ke DS, ke tandas,ke surau dan semuanya bersama...
Terbukti zaman remaja merupakan zaman yang memberikan 1001 makna di dalam hidup dan sukar untuk dilupakan...
Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindu akan zaman remaja yang sangat indah...
INGAT!!!
tidak ada tempat seutuh sekolah kerana diluar kita akan fikir hal masing-masing,bebas melakukan apa sahaja,tiada siapa akan halang kita dan susah untuk kita mencari semangat setiakawan ketika itu.

gambar diambil setalh selesai paper 3 kimia!!
p/s;rindu sgt belaja kat kelas,gurau ngan korg...tapi ape kan daye..perpisahan satu yg pasti..

Subscribe to:
Posts (Atom)