Pejam celik dah satu minggu tak jumpe ngan kawan-kawan.Memang rindu sangat.Teringat lagi last day kat maktab.
Lepas je habis exam kimia paper 3,ramai kawan-kawan didalam dewan tersenyum.Aku turut tersenyum.Rancangan yg diberi tahu oleh Suleiman akan dilaksanakan.Tengku Asyraf a.k.a Achap bangun dan menyuruh rakan-rakan yg lain bangun.
"bangun semua!Terima kasih cikgu."
Pelajar yg lain turut ikut.Ketua pengawas kali ni amat sporting dan selalu membuat lawak.Pengawas yg lain pun baik dan ade yg menolong pelajar.Selepas mengucapkan terima
masih,aku mendapat nota ringkas diatas tisu dan
aku terus keluar dari dewan tanpa membaca nota tersebut.Aku melihat disekeliling,rakan-rakan bersalaman antara satu sama lain.Ada yg ku lihat menangis kerana sedih meninggalkan rakan-rakan.Aku sempat berjumpa dgn beberapa org rakan utk memberikan gambar sebagai tanda ingatan.Selepas memberikan gambar aku berjalan menuju ke aspura untuk kali terakhir seorang diri.Melihat sekeliling,teringat kenangan yg dibina selama 5 tahun di MRSM.Segala kenangan suka & duka masih terngiang-ngiang.Rasa seperti baru semalam aku mendaftar di MRSM.Baru semalam aku berkenalan dengan rakan-rakan dan membina kenangan yg terindah.Masuk di kelas Yale yg serba banyak karenah.Di sini aku belajar berdikari,belajar tentang keyakinan diri,belajar menjadi usahawan,belajar bergaul dengan orang ramai dan banyak lagi.Sampai di depan aspura,terlihat kereta proton Savvy berwarna hijau menandakan ibuku sudah menunggu.Aku dengan berat hatinya mengangkat satu persatu barang masuk ke dalam kereta.
"syuk,awalnye ko balik"tegur salah seorg rakanku.
"urm,abis tu,nak dok lame-lame kat sini"kalisku
Aku mengangkat barang sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Ada yg bersalam-salaman.Tertarik dengan perbuatan seorang rakanku,Umarul yg menyuruh rakan-rakannya menandatangan baju yang dipakai.Semalam Amir Asmadi buat,hari ni Umarul pulak kataku di dalam hati.Setelah selesai menangkat barang,aku pergi ke bilik rakan sekelasku untuk memberikan gambar sambil bersalaman dengan mereka.Kemudian aku bersalaman dengan rakan-rakan yg lain sehingga dengan roomate ku sendiri,Anas,Rompin,Suhail.
Sambil bersalaman,"Korang sweet memories sgt"kataku kepada roomate.
Aku menunaikan solat asar yang terakhir di surau El-Bukhary MRSM Pontian sebelum melangkah meninggalkan maktab.Perpisahan tu satu yang pasti dalam diri kita.
Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti SAHABAT dan REMAJA...
Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..
Masa ini kita akan membawa haluan masing-masing...
Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali di tempat sekecil kelas,bergurau,ke DS, ke tandas,ke surau dan semuanya bersama...
Terbukti zaman remaja merupakan zaman yang memberikan 1001 makna di dalam hidup dan sukar untuk dilupakan...
Mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindu akan zaman remaja yang sangat indah...
INGAT!!!
tidak ada tempat seutuh sekolah kerana diluar kita akan fikir hal masing-masing,bebas melakukan apa sahaja,tiada siapa akan halang kita dan susah untuk kita mencari semangat setiakawan ketika itu.
gambar diambil setalh selesai paper 3 kimia!!
p/s;rindu sgt belaja kat kelas,gurau ngan korg...tapi ape kan daye..perpisahan satu yg pasti..
truly deeply dari ati aku..sedey...thanx ya 4 being like dis..i min gud fren..ko gak la yg memeriahkn majlis..huhu..pe2 pown ak harap batch kite will be maintain our uhkwahlillah tu an..syg korang..best moment in MRSM PONTIAN!!stay keep intouch aw..
ReplyDeletebez da abes spm?
ReplyDeletehehe aku kt tgh2. tp tak nmpk laa. spe yg amik pic ni. hehe bley ae. org tgh cbuk2 exm dy cbuk2 nk snap pic kte. hehe. miss u all friends :D 4th batch is the best !
ReplyDelete