Rutin harian lain ketika musim peperiksaan SPM ialah berada di wakaf.BELAJAR.TIDUR.BERGELAK-KETAWA dan lain-lain lagi diwakaf.Selalunya duduk di kelas.Tetapi ada perkara menghalang dan menyebabkan pelajar tingkatan 5 tidak dibenarkan ke bangunan akademik.Aku akan duduk di wakaf sehingga petang bersama rakan-rakan yang lain.Selain belajar,banyak benda lain yang kami lakukan bersama.Mendengar lagu MEMORI TERCIPTA.Salah satu perkara yang tak dapat dilupa ketika belajar dengan 3 org rakan.
Petang tu,aku duduk dibilik kerana hujan dan keadaan dibilik agak bising disebabkan adanya kad UNO dan beberapa orang rakanku sedang bermain.Aku hanya duduk di katil dan membuka buku kimia.Tiba-tiba,seorang rakanku mengajakku belajar diwakaf.Aku mengikut mereka pergi ke wakaf kerana hujan sudah reda.Kami belajar di wakaf dan beberapa puluh minit kemudian,hujan mula turun dan aku menukar tempat duduk kerana terkena tempias.Hujan mula turun dengan lebat diikuti dengan petir.Melihat air di longkang penuh,salah seorang rakanku mengajakku membuat kapal menggunakan kertas.Aku hanya mengikut rakanku membuat kapal kertas dan menyuruhnya meletakkan di longkang.Sebelum tu,aku sempat menulis Muhd Syukri Mohd Mohtar 9A SPM.Lalu,rakanku melepaskan kapal tersebut ke longkang.Duduk didalam kesejukan.Aku memandang sinis kepada rakanku yang mengajak untuk pergi ke wakaf.Memandang ke arah padang,aku dapat melihat sekawan burung di padang mencari makanan di padang.
"Senangnye dapat cacing tu."kataku
"Hujan-hujan,cacing duduk atas.ko pon nak ke syuk"rakanku berkata sambil ketawa.
Ketika memandang keadaan sekeliling,tiba-tiba.Petir menyambar pokok yang betul-betul di padang tersebut.Semua yang berada diwakaf tersebut terkejut melihat cahaya yang sangat pantas di depan.Melihat cahaya tersebut,kami terus beristhifar.Aku memandang sekali lagi ke arah rakanku yang telah mengajakku belajar di wakaf.
"tu la,nak study lagi kat wakaf."kataku
kami menunggu sehingga hujan reda baru kami bergerak menuju ke surau.Sebelum itu,kawanku yang pergi ke rumah kahwin Cikgu Rofa datang dan menunjuk gambar yang telah diambil ketika berada di majlis tersebut.Selepas itu,kami beredar dari wakaf.
xa dpat pegi ;(
ReplyDelete