January 25, 2010

Observation

Hari minggu keadaan di Mahkota Parade begitu sesak kerana dipenuhi dengan remaja dan ada juga yang berjalan-jalan dengan keluarga mereka.Tambahan pula,semalam telah diadakan tarian singa di MP.Ramai yang menyaksikan tarian tersebut kerana penari tersebut begitu hebat sekali.Seorang rakan sekerja aku menceritakan tentang asal usul singa tersebut kerana dia berbangsa cina.Dia berkata singa dan naga tersebut telah menolong orang sebab itulah mereka menghargai singa dan naga.[lebih kurang la ape yg dicerite].Kagum melihat tarian tersebut kerana mereka menari diatas tiang yang agak tinggi dan mereka pandai mengimbangi badan supaya tidak jatuh.

Banyak gelagat yang dapat dilihat di kedai buku tersebut.Banyak kanak-kanak non-muslim yang petah bercakap bahasa inggeris.Kagum melihat mereka speaking.Time mock interview dulu,gagap didepan kaunselor dan cikgu.Sempat melihat remaja dari Kolej Yayasan Saad yang membeli stationary di MPH.Pakaian outing mereka adalah t-shirt putih yang mempunyai lambang kolej tersebut dan seluar jeans.Menarik sungguh pemakaian mereka untuk outing.Biasalah,sekolah orang kaya.Dalam mereka membeli stationary terdengar perbualan mereka dan perbualan tersebut dalam bahasa inggeris dan salah seorang dari mereka mengeluarkan handphone.Sekali imbas macam blackberry,memang anak orang kaya.

Ramai juga pelancong datang di kedai buku tersebut untuk mencari peta,buku tentang Melaka ataupun Malaysia.Semestinya menggunakan bahasa inggeris semasa melayan mereka.[punyalah berhabuk speaking =p].Tapi ada juga yang datang dari Indonesia.Pelancong itu berbahasa indonesia,teringin dan berbahasa indonesia dengan mereka. =] .Dalam banyak pelancong,aku paling suka pelancong dari Korea kerana aku suka mendengar mereka bercakap dalam bahasa Korea walaupun tidak faham.Seronok mendengar bahasa Korea.

Dan yang paling aku kagumi iaitu ketika pasangan berbangsa india membeli barang di kedai buku dan lelaki tersebut terlihat tentang buku yang berjudul Perjalanan hidup Rasulluallah S.A.W.Lelaki tersebut bertanya adakah buku tersebut tentang Nabi Muhammad.Aku menjawab dengan bangganya sambil mengukirkan senyuman.Dia tidak membeli tetapi apa yang aku kagumi remaja bangsa lain yang mengambil tahu tentang Nabi Muhammad S.A.W.

p/s : saja berkongsi pengalaman bekerja di kedai buku. =]

3 comments:

  1. ceh ceh. syuk dh terpengaruh dgn BOF la tu.
    india pun kenal nabi kita. ;) the best leader in the world :D
    kau bila nak gaji ni? lama aku tunggu.
    haha

    ReplyDelete
  2. tetibe ko lak tggu pehal..hehehe..
    da lame la ak minat cite korea..
    FYI,ak ade penpal korea tau..

    ReplyDelete
  3. Wah..
    nak gak skali tgk tarian singa life..
    Best dpt knal kwn yg len bgse, dpt tuka2 cter sal bgse dowrg. ek..
    Dr pemerhatian, dpt pengajaran..

    ReplyDelete