January 9, 2010

New Year 2010

2009 melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan.Banyak kenangan yang tercipta sepanjang tahun tidak kira ketika suka mahupun duka.Bermula dari tarikh 1.1.2009 hingga 31.12.2009,banyak perkara yang terjadi.Tahun 2009 juga merupakan tahun yang penting kerana tahun dimana aku mengambil peperiksaan SPM.

my best classmate..i L.O.V.E  you all.

I met you as a stranger and I live you as a friend.Hope our friendship will never end.
.Memang terlalu indah kenangan bersama mereka.Banyak perkara kami lalukan bersama.BELAJAR.PREP dan lain-lain. Bersyukur mendapat classmate di kelas 503.






MAJUSCOP.IC SDN. BHD



rindu kawan sekerja

Terlalu manis kenangan ketika berada dalam Persatuan Usahawan Muda.Bermula daripada menjadi ahli biasa sehingga menjadi Pengurus Operasi,banyak perkara yang dipelajari semenjak melibatkan diri menjadi Usahawan Muda.Salah satu kenangan termanis ketika di dalam PUM ialah sewaktu mewakili maktab di Konvensyen PUM MRSM Se-Malaysia di MRSM Serting.Syarikat MRSM Pontian telah mendapat 10 syarikat terbaik di antara MRSM Se-Malaysia.Ketika itu 5 orang pengurus temasuk aku perlu membentangkan operasi syarikat.Pembentangan membuahkan hasil apabila syarikat kami mendapat naib johan syarikat terbaik dan naib johan persembahan syarikat.



4th BACTH MAJUSCOP

Seronok berada dalam kalangan batch ni.Dengan Mr.Pres dan Vice Pres nya yang sporting serta barisan BWP yang berkaliber.Bangga sangat serta kawan-kawan yang best dan suka mengejek antara satu sama lain[hobi F5]. 

Banyak lagi kenangan yang manis tapi ini antara yang termanis.Semoga tahun 2010 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua dan aku berharap kita semua akan berkawan buat selama-lamanya.

ps: tak banyak idea la nak tulis + letih la hari ni. =]




No comments:

Post a Comment