January 13, 2010

Kerja..

8 JAN 10


Pagi itu aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.Pakcik saudaraku meninggal dunia di rumah anaknya di Semenyih,Selangor.Pakcik tersebut merupakan abang angkat ibuku kerana beliau merupakan jiran aku dahulu tetapi telah pindah.Beliau sangat baik kerana selalu memberikan lauk-pauk untuk kami sekeluarga.Beliau meninggal akibat sakit jantung.Beliau meninggal di atas pangkuan isteri tercinta pada jam 7.00 pagi.Selepas mendapat tahu,aku,ibuku dan kakak saudaraku bersiap-siap untuk pergi ke rumah anaknya.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih.Setibanya kami di rumah tersebut,jenazah telah dimandikan dan sedang dibacakan Yassin.Jenazah tersebut akan dibawa ke Perak untuk pengebumian di sana.Aku sempat melihat jenazah untuk kali terakhir sebelum di bawa ke Perak.Ketika melihat jenazah tersebut,aku tersedar bahawa MATI sangat dekat dengan aku.Bila-bila sahaja seseorang itu boleh mati,aku baru sahaja berbual-bual dengan arwah pada minggu lepas semasa arwah datang melawat kami di rumah.
Selepas jenazah di bawa pulang ke Perak,kami berangkat pulang,memandangkan hari itu jatuh pada hari jumaat,kami singgah di rumah Mak Long aku di Mantin untuk aku mendirikan solat Jumaat.


Petang pada hari tersebut aku perlu menghadiri temu duga untuk kerja di kedai buku.Jadi selepas solat jumaat dan makan tengah hari di rumah Mak Long,kami terus beransur pulang dan tepat jam 5 aku menghadiri temu duga tersebut.Disebabkan atas pertolongan kakak saudara aku di Kuala Lumpur yang mempunyai pangkat di kedai buku tersebut,temu duga tersebut dipermudah.Aku mendapat kerja tersebut dan bermula 9 JAN aku bekerja.Bekerja di kedai buku merupakan pengalaman yang baru kerana di situ banyak diajar tentang pengurusan buku-buku di kedai tersebut.


Seperti biasa,aku jenis seorang yang tidak pandai berbual jika tidak kenal dengan orang tersebut.Jadi,aku lebih suka mendiamkan diri di tempat kerja sehingga ramai menegur ku dan mengatakan aku seorang yang pendiam.Jika tanya pada rakan sekelas aku,akulah yang selalu membuat bising di kelas dan di gelar speaker maktab di sekolah.Tapi setelah beberapa hari di kedai buku,aku mula berbual-bual dengan rakan sekerja dan ada yang sama baya dengan aku.Setakat 5 hari aku bekerja,aku rasa seronok kerana dapat belajar benda baru.Biasalah penat itu memang tak boleh lari tapi boleh dibiasakan.













ps:aku memang lemah berbual dengan org yang tak kenal.kalau di dlm internet tidak mengapa =P

2 comments:

  1. syuk! aku sokong apa yg kau ckp. pendiam dgn strangers...

    lol, nti aku g mp, blh la singgah. tp aku x de member card mph. ada popular jek.

    ReplyDelete
  2. ko pkir ade ak ade ke kad mph..ak pon ade kad popular je..=p

    ak tak pandai ckp ngan strangers..

    ReplyDelete