Selamar Hari Raya Aidil Adha atau pun Hari Raya Haji atau pun Hari Raya Qurban.Mana satu pun boleh guna janji raya okay.Dah dapat banyak daging korban?Yang mana rajin menolong kat masjid tu mesti dapat banyak.Boleh buat sup nanti.
sedap sangat *sumber google*
Mana yang tak dapat korbankan lembu atau kambing,buatlah sesuatu yang melibatkan diri korang dengan korban.Kalau gaduh nak tengok TV dengan adik,berkorbanlah untuk dia.Itu pun kira korban jugaklah tu.haha.Nak share satu video pasal korban jugak,tapi bukan video sembelih lembu,tapi pengorbanan seorang ayah untuk anaknya walaupun ayahnya cacat.
RAMADHAN ITU DATANG DAN PERGI, SETIAP TAHUN IA BERSILIH GANTI, TETAPI ADAKAH KITA MELIHAT RAMADHAN SEBAGAI ADAT BERPUASA SEMATA-MATA??
RAMADHAN SEBAGAI BULAN IBADAT DANKEBAJIKAN?? ATAU RAMADHAN SEBAGAI TITIK MULA BERCINTA DENGAN SANG PENCINTA???
Malam ini sudah masuk hari ke 17 Ramadhan dan esok adalah Nuzul Al-Quran.Sekejap je rasanya bulan puasa berlalu tanpa kita rasa. Dan untuk 17 Ramadhan terakhirlah kita perlu tingkatkan amalan kita sama ada sekecil zahar pun amalan dalam bulan Ramadhan ini akan dikira.Masih sempat lagi kepada sesiapa yang tak meningkatkan amalan kebaikan mereka dalam bulan Ramadhan ni. Tengoklah checklist untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan ini.
Berazam yang kita akan memenangi nikmat Allah dengan melaksanakan solat sunat, kerap berdoa dan berzikir
Membaca Al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu sekurang-kurangnya 3-4 muka dalam sehari. Dengan cara ni kita akan khatam pada hujung bulan Ramadhan
Memahami ayat Al-Quran ketika kita membacanya
Ajak rakan-rakan atau sedara mara untuk berbuka bersama dengan kita dirumah. Kita akan rasa keberkatan dalam perhubungan tersebut
Bagi sesiapa yang tinggal dengan ibu bapa seelok-eloknya berbuka bersama mereka untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga
Bersedekah dimasjid ataupun dirumah anak yatim kerana Ramadhan is a month of sharing
Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.
Malam Lailatuk Qadar yang dinantikan oleh semua umat Islam untuk membuat amal kerana ganjarannya lebih banyak dari seribu bulan
Menangis untuk meminta kemaafan disebabkan dosa yang telah kita lakukan. Ramadhan adalah bulan kemaafan.Masih belum terlambat lagi.
Menahan pandangan dan lidah. Rasulullah S.A.W memberi amaran bahawa menipu, mengumpat dan melihat perkara yang tidak elok adalah dilarang semasa berpuasa.
Entri kali ni berkenaan dengan bencana alam yang melanda negara Jepun baru-baru ni.Kuasa Allah kita tak boleh duga.It is unpredictable.Kalau benda-benda nak jadi,jadi jugaklah.Jadi,kita sebagai hamba-Nya perlu berserah diri dengan apa sahaja yang berlaku kepada kita.Bencana alam ni memang tak putus-putus sejak dari dulu lagi kerana ini fenomena alam yang semula jadi.Lagi pun dunia pun dah nak kiamat dan salah satu tanda kiamat adalah bencana alam yang semakin meningkat.
Ramai orang cakap,kalau sesuatu tempat tu kena bencana mesti ada perkara yang tak elok berlaku dekat situ.Kalau betul,tak tahulah apa aktiviti orang Jepun sampai terkena musibah yang dahsyat tu.
Video ni syuk tak berapa tahu info ni,sama ada selepas atau sebelum Tsunami melanda Jepun bulan lepas.Tapi muka bumi Jepun bergoyang-goyang seolah-olah Jepun terapung-apung.Cuba korang bayangkan kalau Malaysia kena macam ni,tak ke cuak orang Malaysia.Jom tengok!!!
Gerun tak tengok video ni?memang nampaklah yang tanah tu bergoyang-goyang,air keluar dari bawah tanah.Dahsyat sungguhkan.Sama-samalah doa agar kita dijauhkan dari bencana alam sebegini
Belum terlambat rasanya kalau syuk ucap salam takziah kepada penduduk jepun yang sangat sengsara akibat gempa bumi dan susulan tsunami yang amat dahsyat Jumaat lalu.Terlalu banyak kemusnahan dan kematian yang berlaku.Memang sakitlah rakyat Jepun yang menghadapi bencana tersebut.Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia ni harus bersyukur sebab jauh dari bencana alam yang dahsyat macam tu.
Sekarang ni ramai yang dah buat post pasal Valentine Day,tak pun pasal Maulud Nabi.Syuk pun nak jugaklah buat entry pasal tu.Bukannya mahir sangat bercakap pasal benda macam ni tapi sekadar berkongsi apa yang dapat.Tak salahkan.
Tajuk entry dah agak over.huhu.Nak cerita sikit pasal apa yang berlaku dekat-dekat dengan rumah syuk.Hari ni hari sabtu,so mestilah banyak rumah kahwin dekat sini.Adalah dalam 3 rumah tapi dalam 3 rumah ada 1 rumah kahwin yang sesuatu tak dijangka menimpa ahli keluarga tersebut.Hari perkahwinan tu jugaklah nenek kepada orang yang berkahwin tu meninggal.Dia meninggal pagi sebelum cucunya bersanding.Syuk dapat berita tu dari mak syuk dan bila syuk fikir-fikir balik macam manalah diaorang nak tempuh hari ni.Mesti perit sangat hari ni untuk keluarga diaorang.Mak syuk sempat ziarah rumah keluarga tersebut dan keluarga diaorang tengah sibuk uruskan jenezah yang baru sampai dari hospital.Arwah meninggal dekat hospital dan dimandikan dekat hospital.Diaorang bawak balik rumah dan terus sembahyang jenazah dekat rumah.Emak pengantin cakap arwah pilih tema untuk cucunya kahwin iaitu hitam dan putih dan tak sangka pilihan tu macam satu petanda rupanya.So,apa perasaan korang kalau berada dalam situasi keluarga diaorang.Mesti sangat peritkan.Doa-doalah agar benda tu jauh dari kita semua..
Untuk sesiapa yang baca post ni sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.
p/s: syuk tak tahu nama betul tapi syuk panggil cik teh.
Hari tu ada majlis tarbiyah rohaniah.Passal menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.Tergerak hati nak pergi dengar ceramah tu,memang berbaloi sebab penceramah tu memang sangat best + sporting.Siap bukak lagu Wali Band lagi.Kalau ceramah pasal bulan Ramadhan mestilah berceramah pasal kelebihan,malam lailatulqadar dan lain-lain lagi.Yang paling best time persembahan sajak.Sajak tu tentang jika ramadhan ini yang terakhir bagiku.Memang best isi sajak tu sebab 2 hari sebelum bulan Ramadhan,ada siswi UiTM meninggal dunia.Time tu teringat balik sajak tu dan harap tahun ni bukan Ramadhan yang terakhir.
Ramadhan menjelang sudah.1st Ramadhan dapat sambut dekat rumah dengan suasana yg sangat amat berbeza...
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna...
Memang lain sangat suasana bulan puasa tahun ni sebab dah takde orang kat rumah,dulu kalau arwah wan ada kat rumah,mesti anak-anak or cucu-cucu dia yang lain ada.Tapi sejak bila dah takde,memang takde la orang kat rumah.Buka puasa berdua je dengan mak tahun ni.19 Ogos ni genap 3 bulan arwah wan meninggal.1 Ogos haritu buat kenduri naik nisan.Itulah last ramai-ramai berkumpul kat rumah.Lepas ni,tak tau lagi bila.Tahun-tahun sebelum ni meriah jugak bila buka puasa,macam-macam arwah wan suruh beli.Banyak favourite food arwah wan.Tapi tadi bukak puasa,tak tahu nak beli apa.Pergi bazar ramadhan,just beli murtabak.Buat kelainan,pergi beli McD untuk buka puasa.
Lagi 1 yang menyebabkan suasana lain buka puasa tahun ni sebab buka kat universiti.5 tahun buka puasa kat maktab dengan homeroom + classmates.Tahun ni tak tahu lagi dengan siapa tapi yang paling penting sangat rindu buka puasa dengan homeroom.Ye lah,5 tahun buka puasa sama-sama,mesti terasa jugak tahun ni bila buka puasa kat DS yang penuh sesak dengan budak-budak yang nak buka sama.Kalau macam tahun sebelumnya,kena amik lauk untuk homeroom,so kena ikut turn.Bila fikir-fikir balik,seronok.Tapi kena tetap lalui,entah bila dapat buka puasa dengan korang semua lagi.Impossible kot rasanya kan.
p/s : dekat McD pun ada Buka puasa Mc Value.Harga macam Lunch Mc Value.hehe.Ramailah yang buka McD nanti.