Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

May 11, 2014

Trip ke Korea Part 1

Salam semua..

Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku berkesempatan melancong ke Korea Selatan selama 9 hari 8 malam. Tiket penerbangan telah pun ditempah beberapa bulan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

14 April, bermula percutian aku bersama emak dan abang saudara. Hari yang pertama kami bermalam di rumah tamu di sekitar lapangan terbang Incehon dan suhu pada ketika itu 16 darjah celcius.

Keesokan harinya, kami menuju ke destinasi pertama iaitu 63 Building. Bangunan tersebut pernah menjadi bangunan tertinggi di Korea Selatan. 3 tempat yang sempat aku pergi ialah 63 Aquarium, 63 Wax Museum dan 63 Sky Art Gallery.

 63 Building, Yeouido, South Korea


 Kanak-kanak membuat lawatan ke 63 Building

Destinasi seterusnya ialah Nami Island, ia merupakan sebuah pulau yang sangat popular setelah pengambaran drama Winter Sonata dibuat disini. Jarak Pulau ini dari Bandar Seoul ialah 54 kilometer dan mereka menyediakan pengangkutan awan untuk pergi ke sini, Pulau ini diberi nama sempena Jeneral Nami yang mati pada umur 28 tahun. Kepada penggemar alam semual jadi, tempat ni sangat menarik untuk dilawati dan musim luruh dan musim sejuk lagi cantik pemandangannya.





Kagum aku tengok pemandangan yang cantik dekat Pulau Nami, memang ramai pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan hebat ni, Dalam berjalan-jalan, ternampak papan notis yang menunjukkan gambar Pulau Nami dan Pulau Langkawi. Bangga sekejap nampak papan notis besar pasal Malaysia.


Cukup bahagian yang pertama, seterusnya akan bersambung di bahagian kedua.

October 23, 2013

Sukarelawan JPU 2013

Salam semua...

Tak sempat nak update di blog. Semua mesti tahukan tentang pilihan raya UMNO 2013 pada hari Sabtu yang lepas, dan dengan suka relanya aku telah menjadi Jawatankuasa Pillihanraya UMNO(JPU 2013). Sebenarnya sebab dapat elaun, itulah yang aku masuk jadi JPU.

 
Aku sebelum ni pernah jadi SPR untuk pelantikan BWP atau dengan nama lain pengawas sekolah masa belajar dekat MRSM. Jadi, tahulah sikit-sikit proses nak kira undi. Berbalik kepada tajuk, pilihan raya UMNO 2013 diadakan 2 kali, iaitu pada 12 Oktober 2013 dan 19 Oktober.

(dak lelaki yang lain pijak atas meja,so nampaklah aku rendah.haha)

June 16, 2012

Perlukan Pertolongan Bloggers Lain!!!

Salam semua...

Empunya blog ni sangat memerlukan pertolongan blogger-blogger yang lain.Ceritanya mula begini,aku memang akan bukak laman web blogger hari-hari walaupun tak tulis entry.Semalam lepas balik dari kampus,sampai je rumah aku terus on laptop dan terus bukak blogger.

Lepas habis loading,aku nak scroll ke bawah sebab nak tengok latest entry untuk blog yang aku follow.Then,tiba-tiba je jadi macam ni.

klik untuk besar

Aku pun ingatkan jadi dalam beberapa jam je sebab kawan blogger aku PCB cakap mungkin akan hilang dalam beberapa jam.Tapi bila aku bukak hari ni still keluar lagi.Risau pulak aku,tak ada apa yang berubah disebabkan error ni cuma tak boleh tengok list entry yang dah post,comment and stat.

May 15, 2012

500th Follower

Salam semua...

Sudah 500 follower blog ni.Terima kasih sesangat diucapkan kepada yang follow blog yang tak sebarapa ni.Bukanlah banyak sangat pun info dalam blog ni.Banyak pasal benda yang aku suka je or yang boleh aku share kat blogger-blogger yang lain.

Thanks kepada SaraKassim sebab sudi jadi follower ke 500 ye.

p.s : tak sangka bila check nuffnang dapat metered earning.Walaupun tak seberapa tapi first time dapat rasa teruja =)

April 17, 2012

Unexpected Moment

Salam semua..

Terima kasih dimulakan sebab sunnguh tak disangka yang aku penah salah satu contest yang dibuat oleh seorang blogger yang bernama Mardhiyyah Ridzuan.


Tak sangka boleh menang sebab contest tu suruh teka apa yang ada dalam gambar tu,aku pun teka lah tiger balm.Sangat tak sangka sebab sebelum ni aku pernah je masuk contest tapi tak pernah menang pun.So excited lebih ni.Haha.Hadiah dari penganjur contest ni pun menarik jugak sebab hadiah daripada Australia okay. Tak sabar tunggu hadiah tu.hehe.

January 14, 2012

Tutti Frutti Dataran Pahlawan

Salam semua..

Tutti Frutti telah membuka cawangan kedua di Melaka selepas Tutti Frutti di Bukit Beruang. Macam biasalah bila Tutti Fruitti buat grand opening mesti 50% off punya yogurt kat Tutti Frutti.


 Bila dapat tau dari kawan yang Tutti Fruitti ada buat opening,mestilah nak pergi sebab masa grand opening kat Bukit Beruang tak pergi.Kalau pergi hari biasa confirm mahal.So,pergilah time murah.Aku pun baru first time pergi makan bendalah ni.Siapa yang minat yogurt ni mesti serbu punya.Sebab nak rasa punya pasal,aku pun pergilah Tutti Frutti Dataran Pahlawan tadi.Tak pernah makan pun,so kira first time lah makan bendalah ni.Sedap jugaklah makan first time.


January 7, 2012

IU Season Greeting 2012

Salam semua..

Setelah 2 minggu menunggu packaging dari online shopping akhirnya aku dapat jugak barang yang aku beli online.Maklumlah,first time beli barang online. Aku beli calendar 2012.Mesti macam pelikkan,semata-mata nak beli calendar,beli online. Mestilah calendar yang aku beli rare kat Malaysia ni.


Nilah yang aku beli,disebabkan suka sangat dengan artis ni,sanggup beli calendar dia.Cantik,comel.Siapa tak suka.haha.Siapa yang minat kpop kenal lah IU ni,siapa yang tak minat kalau korang tengok pon gamba dia,memang comel + cantik.


Dalam box tu ada calendar yang besar jugak, ada diary, postcard, poster and sticker.Harga,kalau aku cakap macam tak berbaloi, nak tahu tengoklah kat laman web yesasia.com.

December 31, 2011

Goodbye 2011, Hello 2012.

Salam semua..


Nampaknya dalam beberapa jam je lagi kita akan ke tahun baru iaitu 2012.Mesti ramai yang dah pasang azam untuk tahun 2012 ni.Korang punya azam yang tahun 2011 tu dah tercapai semuanya? Kalau dah tahniah,kalau belum bawaklah azam tahun lepas ke tahun 2012 ye.

Aku punya azam adalah yang tercapai. (ada buat azam ke tahun ni). Mestilah ada,nak dapat dean list,nak naikkan berat badan etc.Adalah yang tercapai jugak dan yang tak tercapai tu macam nak naikkan berat badan,bolehlah bawak ke tahun 2012.

Korang ada azam yang menarik ke?kalau ada kongsi-kongsilah dengan blogger-blogger lain.Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru 2012 dan harapan aku tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.

December 26, 2011

Chatbox bertukar!

Salam semua...

Chatbox ni sangat necessary kepada blog-blog sebab dekat situlah ramai orang tinggal jejak dan senang untuk empunya blog tahu siapa yang dah jengok blog diaorang.Samalah macam aku,walaupun tak ramai orang yang datang blog ni,tapi jugak ada orang yang tinggal jejak dekat chatbox.


ni chatbox yang sebelumya dikenali sebagai shoutmix,sebab utama aku tukar chatboz ni sebab pada tahun 2012 syarikat shoutmix ni tak akan lagi memberikan perkhidmatan percuma kepada pengguna mereka kerana mereka tak dapat kaut untung dengan membuka chatbox secara percuma.Jadi,siapa yang nak guna jugak shoutmix ni bolehlah keluarkan $0.99 setiap bulan untuk bayar chatbox dekat blog korang.

Chatbox yang baru...

November 19, 2011

Semester baru pelajar diploma UiTM

Salam semua..

Bermula hari Isnin ni pelajar UiTM termasuk aku akan memulakan semester baru mereka setelah 1 bulan lebih bercuti.Ada yang kerja sebab nak dapat duit poket tapi aku duduk rumah je.Macam sekejap pulak rasa satu bulan.

Saje buat entry nak ucapkan selamat pulang ke UiTM masing-masing.Semoga semester baru korang akan lebih baik dari semester sebelum ni.Makin naik sem,makin susah subjek. -__-

Apa-apa pun all the best.

October 3, 2011

Semester 3 berakhir!!!

Salam semua..


Setelah 3 minggu bertungkus lumus untuk menghadapi FINAL exam,akhirnya habis jugak paper pagi tadi. Lepas ni cuti sebulan lebih,mula-mula rasa macamnak kerja,tapi takut sekejap sangat.So duduk je lah kat rumah menghadap laptop.Lepas ni bolehlah update blog tiap-tiap hari.Makin slow dah rasanya.Orang pun tak ramai yang datang tengok blog ni.Bagi sesiapa yang datang singgah blog ni terima kasih dan jasa mu di kenang.

By the way,follower dah nak hit 400.Tak sangkalah.Blog ni tak ada apa sangat pun =p

May 18, 2011

Free Header dari Kei Seichi!!!

Salam semua...


Siapa perasan blog ni dah tukar header baru?[macam ada orang selalu blogwalking je kat blog ni (=_=)].Okay,bagi sesiapa yang perasan,blog ni dah ditukar dengan header baru yang telah diberi oleh Kei Seichi.Memang sangat baik hati dia ni sebab sudi buatkan header untuk blogger-blogger.Kiranya berbakti kepada blogger-blogger yang lainlah.

Sebenarnya,dia ada buat lagi satu header,tapi macam seram bila,tengok.So,suruh dia ubah sikit[demand lebih].Dah lah cepat dia buat header,lepas tu bila komen,straight dia tukar kepada yang atas ni.Memang suka sebab tak serabut sangat.SIMPLE is NICE.First time dapat header daripada blogger lain tau.So,agak excited jugak. =p

Terima kasih sangat-sangat ye Kei Seichi

Kalau korang nak tengok entry tentang header blog ni boleh klik sini.

p/s : sorry,pinjam kejap header.

May 4, 2011

Pembunuh Itu....

Salam semua...

Untuk entry kali ini dibuat dalam bentuk cerpen berdasarkan pengalaman tuan punya blog!!!

"Adam,pergi kedai komputer ambil CPU"kata ibunya.Selepas beberapa ketika,Adam terus mencapai kunci kereta dan menhidupkan enjin sambil menunggu abang saudara menutup pintu besi. Enjin dipanaskan dan Adam mula reverse kereta yang dipandunya sambil melihat side mirror kanan.Dia terlihat ada seekor kucing putih duduk berdekatan dengan kereta yang dipandunya lalu dia membuka tingkap dan menghalau kucing tersebut kerana takut dilanggar,tanpa melihat side mirror di sebelah kiri Adam terus keluar.Tiba-tiba bunyi seperti tayar kereta tersebut berada di tempat yang licin.Mungkin lantai tersebut licin sewaktu dia hendak memusingkan stereng kereta tersebut fikir Adam.Tidak sampai separuh jalan Adam reverse,kucing di sebelah kanan Adam melulu ke sebelah kiri jalan.Adam tidak menghiraukan kucing tersebut dan terus reverse.Adam terkejut dan terus menghentikan kereta apabila dia melihat ada seekor kucing terbaring didepan kereta yang dipandu dan lagi mengerikan usus kucing tersebut keluar dari perutnya.Adam dan Abang saudaranya keluar melulu dan terus melihat kucing tersebut.Kucing tersebut itu mati dan kucing putih yang selamat itu hanya mampu memandang kucing tersebut.


Erm..sebenarnya benda ni jadi petang tadi.Seriusly memang tak perasan langsung kat side mirror sebelah kiri sebab ingatkan kat sebelah kanan dah tengok,sebelah kiri tak ada.Nak buat macam mana ajal dan maut ditangan Tuhan kan.Bersalah rasa bila langgar kucing tu tadi.Dah la syuk ni peminat kucing.Langgar pulak kucing,sangat kesian kucing tu.I admit that Iam innocent sebab tak tengok side mirror kiri tapi bukan syuk seorang saja yang bersalah,empunya kucing tu pun salah juga.Dia pergi kerja lepas tu dia lepaskan kucing tu,bukannya tak ada sangkar nak kunci.Tapi benda dah jadikan,tak boleh buat apa.

p/s : first time langgar haiwan time bawak kereta.argh.kucing pulak tu.semoga roh kucing tu tenteram. =]

February 12, 2011

100th follower dah..yeah!!!

Salam semua..





Hari ni sangat gembira ye sebab follower sudah cecah 100.[baru 100 padahal,nak kecoh].Orang yang ke 100 tu blog dia private pulak,so tak boleh bukak without permission.Takpe,nak jugak buat entri ni.Sebenarnya dah buat blog ni sejak 2009 lagi,cuma tak aktif je menulis.Tahun ni baru start aktif menulis sebab tengok ramai orang kat dalam dunia blogging ni.Rasa macam best pulak.Purpose buat blog ni nak menulis pasal hidup,tapi disebabkan kurangnya darah penulis kat dalam badan ni,jadi buat lah entry apa-apa yang termampu terutamanya pasal apa yang syuk suka.

January 8, 2011

Brand New Semester


It's already a week since the new semester started and with sudden I was voted to become a class representative.Not vote actually but my friends randomly pick me to become a class rep.I'm not very confident with my self to take the responsibility because this is my first time to become a class rep.When I was in MJSC Pontian, I once have been selected by my friends to become a class president but I refuse to take the position because I think that I can not take the responsibility. I felt the pressure even just one week I become class rep.Maybe because beginning of the semester there are many things to settle down.I try to set my mind that I can take the responsibility and said to myself it only take about 3 month and a half for 1 semester only.I hope I can do my best to satisfy my friends and of course myself.

2010 Goes By...

2010

2010 goes by and 2011 comes. What can I say about last year is it not memorable compared to the last 2 years which is 2009. 2010 left me with an unforgettable moment where the person whom I loved very much passed away on 19th of May. My grandma blew last breath at 11 o’clock in the morning. My family and I were relieved to see her go because she suffered so much for the past 1 year.


Eventhough I was relieved to see her go,but I was very sad because I was very close to her and I am the only grandson who lived with her. I felt satisfied because I managed to take care for her with my mom and my cousin for about 5 month before she passed away. I hope that her soul be blessed by Allah. Next is about my SPM result,honestly I didn’t expect that I would get that kind of result because I expect more. I will be a cheater if I say that I’m not regret and sad when I take the result but, life must go on. I accept it and I let the fate decide for myself and now I’m here. Take banking course in UiTM Lendu,Melaka and I feel grateful for the result of the first semester. Hope I can maintain the result for the next 5 semester. For the year of 2010, it was my first experience to go to work. I got to work at MPH Bookstore for 3 months with the help of my cousin. I gained new experience when I worked there. I enjoy worked there because I loved to work with books.


But it sometimes there are some customer give me a hard time. I take it as experience when working. I got my car license around February at the first attempt. I am very lucky at that time because I think I did some mistakes when I took that amali. My sweetest moment in 2010 when I went to a vacation to Sarawak and to Pangkor. It was my first time went holiday with my family. I had a great time at Sarawak with my Pak Lang’s family and a full of excitement at Pangkor with my Pak Su’s family. And lastly I totally addicted to korean drama and song this year. The korean wave is bigger nowdays and people around the were attracted to this wave.






2011
Another year comes and this is the last year that number 1 in front of my age will disappear.19 years old. Then I will turn 20. In 2011, I want to maintain my achievement in UiTM and I hope I can do it. I want to gain some weight but not to be a fat person,just to achieve my normal BMI. That’s all I think for my wish. Hope my wish come true.

October 19, 2010

End of Sem 1

Assalamualaikum

It's been a while I left my blog.Rase macam nak close account tapi sayang pulak dengan entry-entry yang lama.Last entry time raya.2 bulan dah.Busy dengan final exam(macam study sgt).Hope to hear a good result soon.Semester holiday starts 11 November until end of this December.Seronok2.Tengok sekarang ramai kawan dah berblogging and I'm enjoying reading thier blog.Macam-macam cerita dapat tau.Actually tak tau nak tulis apa sebenarnya,macam dah blurr je.Takde idea,sebenarnya.Sekejap je rasa Sem 1 kat UiTM and sekejap je dah nak setahun tinggalkan maktab.Tipu sangat kalau tak rindu kat maktab.Still rindu lagi dengan old friends.Yale friends.Rasenya macam nak start tulis blog ni dalam english la.At least I can improve my english and everyone can read it.Wah.macam semua org je nak bace blog ni.hahaha.Hope lepas ni rajin-rajin la tambahkan entry blog ni. =]

September 12, 2010

Salam Lebaran

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Lirik lagu tu sangat tak bertepatan dengan suasana raya tahun ni.Memang takde mood sangat nak raya tahun ni.Hari untuk bersuka ria,tapi bergenang kadang-kadang air mata.Mungkin disebabkan untuk pertama kali wan takde time raya.Ambil gambar pun tak raya tahun ni.Ye la,raya 2 orang je,memanglah tak rasa.Memang lain sangat rasa bila wan dah takde,kalau tak dulu bangun awal sebab orang datang salam dengan wan.First day raya pun tak jalan raya,pergi rumah sebelah,lepas tu balik tgk TV,online sampai petang.Macam rutin harian biasa je,cuma yang lain pakai baju melayu.Ada la jugak sedara mara datang,tapi dah kurang dari sebelum ni.Masa hari raya ketiga,ada sedara datang.Salam dia,tiba-tiba dia tanya kat mak,

"Mak mane?"

Time tu mata mak straight bergenang sambil jawab,

"Dia dah meninggal"

Sedara yang datang tu terduduk dengar mak cakap.Yang lagi sedih,dia siap bawak wajik lagi nak bagi wan makan.Siap ada orang suruh kirim salam wan lagi.Tapi yang pergi tetap pergi.Memang tak meriah raya tahun ni.

I WISH MY GRANDMA WAS HERE WHEN EID!!

Al-Fatihah Allahyarhamah Fatimah binti Abdullah


August 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamulaikum...

Hari tu ada majlis tarbiyah rohaniah.Passal menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.Tergerak hati nak pergi dengar ceramah tu,memang berbaloi sebab penceramah tu memang sangat best + sporting.Siap bukak lagu Wali Band lagi.Kalau ceramah pasal bulan Ramadhan mestilah berceramah pasal kelebihan,malam lailatulqadar dan lain-lain lagi.Yang paling best time persembahan sajak.Sajak tu tentang jika ramadhan ini yang terakhir bagiku.Memang best isi sajak tu sebab 2 hari sebelum bulan Ramadhan,ada siswi UiTM meninggal dunia.Time tu teringat balik sajak tu dan harap tahun ni bukan Ramadhan yang terakhir.

Ramadhan menjelang sudah.1st Ramadhan dapat sambut dekat rumah dengan suasana yg sangat amat berbeza...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Memang lain sangat suasana bulan puasa tahun ni sebab dah takde orang kat rumah,dulu kalau arwah wan ada kat rumah,mesti anak-anak or cucu-cucu dia yang lain ada.Tapi sejak bila dah takde,memang takde la orang kat rumah.Buka puasa berdua je dengan mak tahun ni.19 Ogos ni genap 3 bulan arwah wan meninggal.1 Ogos haritu buat kenduri naik nisan.Itulah last ramai-ramai berkumpul kat rumah.Lepas ni,tak tau lagi bila.Tahun-tahun sebelum ni meriah jugak bila buka puasa,macam-macam arwah wan suruh beli.Banyak favourite food arwah wan.Tapi tadi bukak puasa,tak tahu nak beli apa.Pergi bazar ramadhan,just beli murtabak.Buat kelainan,pergi beli McD untuk buka puasa.

Lagi 1 yang menyebabkan suasana lain buka puasa tahun ni sebab buka kat universiti.5 tahun buka puasa kat maktab dengan homeroom + classmates.Tahun ni tak tahu lagi dengan siapa tapi yang paling penting sangat rindu buka puasa dengan homeroom.Ye lah,5 tahun buka puasa sama-sama,mesti terasa jugak tahun ni bila buka puasa kat DS yang penuh sesak dengan budak-budak yang nak buka sama.Kalau macam tahun sebelumnya,kena amik lauk untuk homeroom,so kena ikut turn.Bila fikir-fikir balik,seronok.Tapi kena tetap lalui,entah bila dapat buka puasa dengan korang semua lagi.Impossible kot rasanya kan.


p/s : dekat McD pun ada Buka puasa Mc Value.Harga macam Lunch Mc Value.hehe.Ramailah yang buka McD nanti.

July 17, 2010

new environment

Dah nak masuk 3 minggu kat UiTM Alor Gajah.So far,so good[kot].Belajar pun dah start.Dah mula stabil[kot] kat sana.Belajar 6 subjek termasuk KOKU.New subject Account and Management.Hope bolehlah masuk dalam kepala yang dah beku at least 6 bulan lebih.


tu jadual kelas

yang jadi watermark tu kod program.BM112,diploma pengurusan bank.Yang 1A tu nama kelas.Dalam kelas ade 29 termasuk aku.Majoriti orang Negeri Sembilan.Ada 9 lelaki,20 perempuan.Bila kelas time 1 week tu memang rindu gile classmates 503.Tapi bila dah second week tu okay la.Tu pun sebab ada LPPKP[program kemahiran insaniah].Buat ikut kelas,time tu la makin kenal classmate baru.Dahla time tu kena buat surat wasiat.Then nama aku kena petik jadi pembaca pertama wasiat.HAMPEH!!!! baik nasib aku tulis wasiat tu pendek je.

Makanan kat sini ok je.Tapi rasa macam mahal gile.Yelah,kat maktab dulu pergi je DS dah ada makanan.Kat sini tiap kali makan kena bayar,so terasa laju je duit keluar.Pasar malam pun ada gak kat sini.Tiap hari Selasa & Khamis.Seriuosly,aku tak pernah jumpa pasar malam yang sesak habis.Makanan pun cepat je habis.Kelaparan semua orang kat UiTM tu.Nak display gambar,tapi takde gamba pun.Lain kali je la.Ni pun blogging kat rumah.Kat library nak blogging guna computer sana rasa cam tak best.Sebelum entry ni berakhir,ada beberapa perkara yang susah nak tukar :-

1.Bila orang tanya tengah buat apa,aku selalu cakap tengah buat homework[ayat sekolah].Kalau ayat U,tengah buat assignment.
2.Bila time kat kelas,kalau tak faham,nak tanya mesti panggil teacher.Kalau ayat U panggil Miss atau Puan.
3.Bila lecturer masuk automatic terasa nak bangun,bagi salam.

Tu lah benda yang selalu aku buat 1 week kat U.Rasa pelik gak mula-mula.Culture shock katakan.Tapi kena biasakan lah. =]