Showing posts with label fact. Show all posts
Showing posts with label fact. Show all posts

November 28, 2014

Ikan Iblis Laut di Rakam Buat Kali Pertama

Salam semua...


Ikan iblis laut atau dikenali sebagai ikan Angler berjaya dirakam buat kali pertama dalam sejarah. Video rakaman ikan tersebut telah dimuatnaik oleh Monterey Bay Aquarium Institut  di YouTube pada 21 November.


Video tersebut menunjukkan ikan tersebut berenang di kedalaman 580 meter di Monterey Canyon. Ikan Angler merupakan antara spesies ikan yang paling jarang dilihat berbanding kesemua ikan-ikan di lautan dalam.

October 20, 2014

4 Bangunan yang akan Mengubah Dunia

Salam semua...

1) Kingdom Tower


Kingdom Tower yang terletak di Arab Saudi ini akan menjadi bangunan yang paling tinggi di dunia mengalahkan Burj Khalifa dengan ketinggian 1000m iaitu bersamaan 1kilometer. Bangunan ini dijangka siap pada tahun 2019.

2) Dubai Pearl


Dubai Pearl merupakan salah satu lagi mercu tanda untuk rakyat Dubai. Dengan ketinggian 73 tingkat, 300 meter bangunan pencakar langit ini akan menjadi tempat kediaman yang tinggi dan diatas bangunan tersebut terdapat sky bridge.

October 5, 2014

Anaconda Terbesar di Jumpai di Brazil

Salam semua..


Seorang lelaki dari Brazil berjaya menemui seekor anaconda yang sangat besar sewaktu berada di Sungai Amazon. Melalui video, ular tersebut didapati baru memakan sesuatu kerana badan ular tersebut sangat besar.

October 3, 2014

Tasik ke 4 Terbesar di Dunia Hampir Lenyap

Salam semua..


Tasik yang bernama Laut Aral pernah menjadi tasik air tawar keempat terbesar di dunia. Laut Aral yang bersempadan dengan Kazakhstan di utara dan Karakalpakstan, sebuah wilayah Uzbekistan di selatan, bakal lenyap daripada peta dunia. Pihak NASA telah mengeluarkan gambar yang menunjukkan proses pengeringan tasik tersebut berlaku sejak 14 tahun yang lalu dan mengakibatkan tanah retak dan bot terkandas.


September 26, 2014

Saintis Membedah Sotong Terbesar di Dunia

Salam semua...


Ahli saintis di Muzium New Zealand Te Papa Tongarewa telah membedah salah satu sotong terbesar didunia dan sesi pembedahan tersebut disiarkan secara langsung untuk tontonan umum.

Sotong tersebut dari spesies yang hidup di perairan berhampiran Antartika, adalah salah satu daripada sotong terbesar di dunia.

Sotong tersebut berukuran hampir 5 meter panjang dan berat mencecah 350kg. Manakala mata sotong tersebut berdiameter 35cm dan merupakan haiwan yang mempunyai mata paling besar di dunia. Sotong tersebut juga mempunyai 3 jantung.


September 11, 2014

5 Rekod Paling Aneh dalam Guinness World Records 2015

Salam semua....

Guinness World Records 2015 telah dikeluarkan pada Rabu yang lalu dengan rekod dunia yang menarik dan pelik. Ia meliputi segala-galanya daripada remaja yang tertinggi dan kucing paling pendek hingga yoyo yang terbesar. Berikut merupakan antara rekod-rekod yang pelik tercatat di Guinness World Records 2015.

1) Lidah Terpanjang - Nick Stoeberl


Purata panjang lidah manusia kira-kira 4cm tetapi untuk lidah Stoeberl berukuran 10.1cm. Dia telah memecahkan rekod Brit Stephen Taylor (9.8 cm) yang memegang gelaran itu sejak 2002.

2) Yo-yo Terbesar - Beth Johnson


Menurut rekod Guinness World 2015, yo-yo ini berukuran 11 kaki, 9 inci dengan berat 2000kg. Yo-yo ini hanya mengambil masa satu tahun setengah untuk membina dan boleh berfungsi sepenuhnya.

July 17, 2014

Cara Seorang Ayah Mengingati Anaknya

Salam semua...


Ohioan Nathan Steffel, memuatnaik gambar mendiang anaknya di laman web Reddit dengan kapsyen: "Anak perempuan saya baru meninggal dunia selepas peperangan yang panjang di hospital kanak-kanak Sejak dia berada di hospital kami tidak ada gambar dia tanpa semua tiub. Bolehkah seseorang mengeluarkan tiub daripada foto ini? "

Pihak Reddit dengan berbesar hati meng"edit" gambar anaknya yang berumur 6 minggu dengan sempurna.


May 5, 2014

Subway di UK Bertukar Menjadi Halal Atas Permintaan Ramai

Salam semua...


Syarikat gergasi makanan segera, Subway telah mengeluarkan menu ham dan bacon di hampir 200 cawangan mereka di United Kingdom , dan menukarkan menu tersebut kepada daging halal dalam usaha untuk memuaskan bagi pelanggan yang beragama Islam.

Ayam belanda yang akan digunakan dalam menu baru mereka telah disahkan di mana semua daging kini akan disediakan mengikut peraturan halal. Sebanyak 185 kedai dari 1,500 kedai di seluruh UK akan menggunakan daging yang halal untuk menyediakan makanan tersebut.

March 27, 2014

10 Akaun Twitter Paling Popular

Salam semua...

Twitter merupakan salah satu sistem rangkaian sosial (SNS) yang popular selain dari Facebook. Twitter juga merupakan salah satu medium yang baru untuk mengetahui isu semasa. Berikut merupakan 10 akaun yang paling popular di Twitter.


June 9, 2013

Pandangan Orang New York Terhadap Islam

Salam semua...

Seorang Youtuber dari New York yang bernama Karim telah mengadakan temu bual di tengah bandar New York pendapat mereka tentang agama Islam dan orang yang menganut agama Islam. Diharap video ini dapat mengubah persepsi sesetengah orang yang paranoid dengan agama ataupun orang Islam.


February 14, 2013

Fakta tentang Media Sosial 2012

Salam semua..

Tahun 2012 banyak meninggalkan sejarah dalam dunia media sosial. Sama-sama kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2012 dalam dunia media sosial

Untuk lebih jelas klik sini

December 13, 2012

Kebesaran Allah : Manusia Bercahaya

Salam semua..

Ada yang kata rakaman yang menampakkan seorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ini hanya edit semata-mata. Mulanya,kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight. Tetapi bila di"play" semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datang dari lelaki tersebut.



November 20, 2012

Bilik Pilihan Anda

Salam semua..

Dibawah merupakan antara bilik-bilik yang paling cantik dan unik.Mana satukah bilik pilihan anda?

1) Bilik dengan pelbagai bentuk



2) Bilik dengan pemandangan yang menakjubkan


3) Bilik dengan papan gelongsor


3) Bilik dengan skrin besar

4) Bilik yang tergantung

November 16, 2012

Manusia Terpantas dengan Empat Anggota

Salam semua...


Usain Bolt merupakan manusia terpantas di dunia dengan rekod 9.58 saat untuk 100m.Tetapi dia hanya menggunakan 2 anggota iaitu sepasang kaki.Kini, seorang lelaki dari Jepun telah memegang rekod dunia untuk manusia terpantas di dunia dengan menggunakan 4 anggota iaitu sepasang kaki dan sepasang tangan.


Lelaki yang dikenali sebagai Kenichi mendapat anugerah Guinness World Book of Record setelah berjaya berlari menggunakan 4 anggota dengan rekod 17.47 saat untuk 100m. Dia dikenali sebagai Monkey Man kerana sebelum ini dia juga adalah pemegang rekod dunia untuk lelaki terpantas di dunia menggunakan 4 anggota.Dia telah memecahkan rekodnya sendiri baru-baru ini.

September 23, 2012

Lukisan Kanak-kanak Menjadi Barang Sebenar

Salam semua...

Siapa yang ada adik?Kalau bagi adik korang kertas dan pensel mesti mereka akan mula melukis benda-benda yang kita tak paham.Tapi sekarang lukisan-lukisan tersebut akan bertukar menjadi patung. Orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan barang dari lukisan kanak-kanak ialah Child's Own Studio.


Lukisan kanak kanak disebelah kiri dan dijadikan patung sebenar.Memang tak sangka orang akan menghasilkan patung hasil imaginasi kanak-kanak.Apa-apa pun kita lihat yang selebihnya.

May 13, 2012

5 Haiwan Paling Beracun

Salam semua...

Semua orang takutkan haiwan beracun yang boleh membawa kepada kematian.Disini ada 5 senarai haiwan yang paling beracun di dunia.

No 5
Death Stalker Scorpion


  • Antara kala jengking paling berbisa
  • Lebih kecil dari kala jengking yang lain
  • Bisanya menyebabkan rasa sakit,diikuti koma,kejang,lumpuh dan KEMATIAN
  • Tidak didapati di Malaysia





No 4
Blue Ringed Octopus

  • Sotong paling beracun
  • Racunnya dapat membunuh 26 orang dewasa.
  • Tiada penawar untuk mengubati racunnya
  • Racunnya membuatkan orang berasa mual,pandangan kabur,beberapa saat buta,hilang deria,lumpuh dan akhirnya MATI.
  • Ditemui di Lautan Pasifik
No 3
Marbled Cone Snail

  • Setitis racun boleh membunuh lebih 20 manusia
  • Tiada penawar untuk racun siput ini.
  • Boleh menyebabkan lumpuh,gagal bernafas.
  • Ditemui di perairan di India



December 25, 2011

Top 10 Carian Google 2011 untuk Malaysia

Salam semua...

Menjelang tahun 2012 yang tak lama lagi akan tiba,Google telah pun mengeluarkan carian yang paling popular pada tahun 2011 dan tak ketinggalan juga,Malaysia juga mempunyai carian negara Malaysia sendiri selain carian untuk seluruh dunia...

Top 10 Fastest Rising Search

Nampak situ rakyat Malaysia suka sangat dengan Facebook ni.Game yang mendapat tempat seluruh orang di dunia termasuk Malaysia iaitu Angry Bird.Memang addictive game ni. Maharaja Lawak merupakan rancangan realiti yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,yang buat kita ketawa tiap-tiap minggu. Smartphone mendominasi carta dengan iPhone 5,Samsung Galaxy,iPad 2 dan Android. Ramai orang dah beralih dengan smartphone sekarang ni temasuklah aku.
Apakah penganggur Malaysia semakin meningkat sampai word Jawatan Kosong dapat top 10.
TV Online pun dapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Tonton.Dan last sekali Aishiteru,sebab lagu Aishiteru tu ke atau drama Aishiteru tu?tak tau lah..




Top 10 Fastest Rising People


Siapa perasan penyanyi Malaysia tak ada pun.Yang ada pun blogger-blogger terkenal macam Fatin Liyana and Hanis Zalikha dan seorang ahli politik Anwar Ibrahim.Dan tentunya yang menjadi fenomena untuk gadis di Malaysia iaitu Hana Tajima style.










Top 10 Televison


Kebanyakkan realiti tv dari US macam ANTM (America's Next Top Model), X-Factor USA,American Idol, Amazing Race.
Series daripada US pun popular macam Supernatural dengan Bones.
Dan yang paling aku suka iaitu salah satu drama korea iaitu My Princess dapat top 10 search untuk Malaysia.Mungkin sebab ramai orang tengok dekat 8tv.











Dan search yang paling best sekali adalah top 10 blog dari Google Search.

December 3, 2011

Duit Syiling Baru 2012

Salam semua...

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan edisi terbaru untuk duit syiling Malaysia dan berkuat kuasa pada tahun hadapan.Semua duit syiling akan ditukar coraknya dari RM 0.50 hingga RM 0.05 dan corak kali ini lebih simple dari corak sebelumnya.



Yang paling atas sekali RM 0.50,RM 0.20, RM 0.10 dan terakhir RM 0.05. Corak di bahagian belakang pun diubah menjadi lebih simple. Duit syiling ni lecturer aku beli time dia pergi BNM dan harga untuk 5 duit syiling ni RM 10.

November 5, 2011

Movember : Kempen untuk Lelaki sahaja!!

Salam semua..

Siapa tahu apa tu Movember?Movember merupakan satu kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kepada lelaki,jadi mereka memilih bulan November untuk mengadakan kempen tersebut.




Asal usul sejarah Movember ni mestilah dari orang Barat yang pada mulanya diadakan hanya untuk kebajikan tapi telah menjadi kempen besar-besaran.Malaysian pun ada join jugak.Sila-silalah like page Movember Malaysia

Syarat-syarat untuk menyertai kempen ni adalah seperti berikut :

November 4, 2011

Doodle Google yang cool : Do A Barrel Roll

Salam semua..

Ramai yang sudah discover dengan doodle terbaru dari google iaitu Do A Barrel Roll.Macam yang kita biasa tengok kalau kita buka homepage Google akan ada tulis yang seakan-akan tulisan google,tapi kali ni google membuat kelainan dengan melakukan Do A Barrel Roll

Cara-cara nak tengok Do A Barrel Roll.

1) Buka Google page. Google.com
2) Taip Do A Barrel Roll kat ruangan search.
3) Korang boleh tengok hasil yang menarik.

HASILNYA...