October 3, 2013

Bercinta di Balik Api Babi oleh Azwar Kamaruzaman

Salam semua...


Buku ini menceritakan tentang seorang lelaki anak luar nikah yang bernama Sulaiman. Walaupun dia di hina dan di maki oleh masyarakat sekeliling, tapi dia tetap tabah menjalani hari- hari sebagai seorang hamba Allah. Walaupun dia duduk serumah dengan emak yang merupakan seorang pelacur, adik-beradik yang melakukan sumbang mahram tetapi dia tetap berpegang dengan ajaran agama.

Sinopsis dari buku tersebut...

Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – Leman
             Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatih cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi………… – Azmi
        Cinta itu hanya dibirai katil. setelah habis aksi diranjang,maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. – Pauziah

Walaupun tajuk buku ni agak daring, tapi penulis menceritakan hakikat sebenar zaman sekarang yang penuh dengan dugaan dan maksiat. Penulis ini muda tapi boleh menulis cerita realiti dunia dengan baik. Penulis ni muda, aku rasa dalam 20 tahun tapi boleh menulis novel yang  boleh dikatakan menarik dari segi jalan ceritanya. Buku ni pernah masuk bestseller di kedai buku Kinokuniya.

______Sedikit spoiler_______
Cerita ni tak berakhir dengan good ending, tapi masih relevan dengan keadaan keluarga yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. Aku tertanya-tanya, apa jadi pada emak dan ayah Leman tersebut dan betul ke memang ada keluarga kaya yang menguruskan perkahwinan anak mereka seawal umur 14 tahun. Scene yang paling gila bila Jo paksa Aida minum air. Sunggu jijik.

No comments:

Post a Comment