Running Man The Comic

Salam semua...


Tajuk : Running Man (Don't Walk but Run) The Comic
Halaman : 176 mukasurat
Harga : RM19.90

"Rancangan televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!
 Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan  selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan.
 Kali ini, mereka perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misinya menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.
 Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakan mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?
 Don't walk but run, Running Man!"


Peminat Running Man dah beli komik terbitan PTS? Sebenarnya komik ni dah keluar 23 September 2013 tapi aku baru ada kesempatan nak beli. Komik ini dialih bahasa dari Bahasa Korea ke Bahasa Malaysia dan di Korea Selatan, komik ini menjadi best seller disebabkan rancangan realiti Running yang juga popular dalam kalangan masyarakat Korea.


Sesiapa yang ada kad diskaun siswa boleh beli di MPH sebab dapat 10% diskaun. Dan apa yang menarik, setiap pembelian komik ni akan dapat pelekat Running Man untuk setiap watak dalam rancangan realiti tersebut.


Siapa yang tak beli lagi pergi beli sekarang okay!! Selamat membaca bagi yang baru beli dan siapa -siapa yang dah baca tu, kongsilah sikit :D

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka