October 23, 2013

Sukarelawan JPU 2013

Salam semua...

Tak sempat nak update di blog. Semua mesti tahukan tentang pilihan raya UMNO 2013 pada hari Sabtu yang lepas, dan dengan suka relanya aku telah menjadi Jawatankuasa Pillihanraya UMNO(JPU 2013). Sebenarnya sebab dapat elaun, itulah yang aku masuk jadi JPU.

 
Aku sebelum ni pernah jadi SPR untuk pelantikan BWP atau dengan nama lain pengawas sekolah masa belajar dekat MRSM. Jadi, tahulah sikit-sikit proses nak kira undi. Berbalik kepada tajuk, pilihan raya UMNO 2013 diadakan 2 kali, iaitu pada 12 Oktober 2013 dan 19 Oktober.

(dak lelaki yang lain pijak atas meja,so nampaklah aku rendah.haha)


Memang satu pengalaman yang baru dan menarik walaupun sangat penat mengira undi yang beribu-ribu. Berbeza dengan kira undi di sekolah, masa jadi JPU keadaan dikawal dengan ketat supaya tak berlaku sebarang kebocoran maklumat tentang keputusan undian.


p.s aku ada masuk TV 3 masa pilihanraya yang pertama, tapi sekejap je lah.haha

No comments:

Post a Comment