Bagaimana jika seseorang itu mempunyai kuasa telekinetik? Telekinetik adalah kebolehan seseorang manusia menggerakan sesuatu objek tanpa memegang objek tersebut. Tak pasti kesasihan kuasa telekinetik, tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia.
Berbalik kepada tajuk, sebenarnya video ini dibuat untuk mempromosikan filem terbaru iaitu Carrie. Filem ini mengisahkan seorang remaja wanita yang mempunyai kuasa telekinetik. Filem tersebut diadaptasi dari buku bestseller dari penulis Stephen King dan buku tersebut telah diadaptasi menjadi filem sebelum ini.
Video ini berlatar belakangkan cafe yang telah diubahsuai dan apabila pelanggan cafe tersebut masuk untuk membeli air, adegan telekinetik tersebut berlaku. Dan reaksi pelanggan yang kena dengan prank tersebut sangat menarik untuk ditonton
Video tersebut menjadi viral di laman web Youtube dan termasuk dalam senarai video popular. Video tersebut mencecah 40 juta viewer dalam masa 10 hari. Cuba bayangkan ia terjadi di cafe tempat korang. Memang hebat cara diaorang promote filem, sampai boleh buat prank yang hebat.
p.s Ada sesiapa tahu pasal kinetic energy?bolehlah share :)
No comments:
Post a Comment