Sesuatu blog tersebut berjaya apabila mendapat penglibatan dari orang ramai seperti jumlah trafik yang tinggi tidak kira sama ada blog untuk sesuatu syarikat ataupun blog sekadar memenuhi minat. Kita mungkin memerhatikan salah satu entri dari blog kita mendapat trafik yang tinggi dan mungkin juga ada yang hanya mendapat beberapa pengunjung.
Terdapat 5 cara untuk mempertingkatkan dan menyeimbangkan kandungan dalam blog. Tips ini diambil dari laman web Mashable. Secara kasar kandungan dalam blog kita boleh dibahagikan kepada 5 dan mereka menggunakan makanan sebagai contoh kandungan.
- Gandum dan bijirin
- berkongsi dengan pembaca tentang dengan menggunakan entri 3rd party.
- Sayuran
- berkongsi sesuatu yang ilmiah walaupun susah untuk buat entri tersebut tetapi berguna untuk blog kita
- Daging
- berkongsi sesuatu dari pandangan kita seperti ulasan novel, drama. Ini mungkin membuatkan pembaca untuk mengikuti blog kita
- Pencuci mulut
- Berkongsi sesuatu yang mudah difahami seperti gambar ataupun video yang kelakar
- Perasa
- Menggunakan kenyataan yang berani dari pandangan kita.
Nak lebih details, boleh tengok gambar ni. Semoga kita dapat meningkatkan prestasi blog :)
Aku setuju dengan kandungan daging dan sayuran sebab jika pandangan seseorang tu menarik, kebarangkalian untuk aku tengok entri mereka seterusnya memang tinggi. Untuk sayuran, kita mesti ada entri yang ilmiah untuk dikongsi dengan pembaca, contoh aku ada buat entri pasal pelat dan tak sangka yang entri tersebut boleh tarik ramai pembaca walaupun taklah sampai beribu tapi masih merupakan entri relevan.
Sumber : Mashable
No comments:
Post a Comment