Salam semua...
Baru-baru ni Fixi mengumumkan 2 novel terbaru mereka iaitu Suspek dan Kacau. Buku tersebut boleh mula dibeli di laman web Fixi.
Tajuk : Kacau
Penulis : Ariff Adly
Mukasurat : 328
Harga : RM19.90
“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
“Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
“One, two… three!”
Tajuk : Suspek
Penulis : Inawza Yusof ( penulis novel Karya Seni , One Day You'll Be Mine)
Mukasurat : 308
Harga : RM19.90
Annaredza — saksi berkebolehan unik, Ghaz Arman — penyiasat persendirian bermulut celupar, Bernard Alfredo — ketua unit khas yang komited dan Daus Anaqi — anak muda yang misteri. Semua terikat menjadi satu di dalam sebuah siri pembunuhan yang menguji.Aku sekarang ni tengah kumpul novel-novel Fixi, tak tau lah kenapa tapi aku memang suka baca buku. Lagi senang nak baca buku sekarang sebab dah macam-macam genre yang ada kalau dibandingkan waktu dulu yang banyak dengan genre romantik. Bukan aku tak suka tapi lagi banyak pilihan kan lagi bagus.
Pembunuh melakukan kesilapan dengan membiarkan satu-satu saksinya Annaredza terus hidup. Atau mungkin dia mempunyai satu rancangan yang lebih besar?
Annaredza hanya ada Daus dan hidupnya sudah cukup teruk sebelum dia diberi peluang untuk berhadapan terus dengan pembunuh gila tu. Satu malam mengubah perjalanannya secara total dan kemudian orang yang terdekat dengannya turut menjadi mangsa. Ana tahu dia perlu lebih berhati-hati — kerana semua di kelilingnya merupakan SUSPEK.
No comments:
Post a Comment