Shila Amazah I Am a Singer

Salam semua...


Masih belum terlambat untuk aku post entri pasal Shila Amzah ni. Untuk yang masih tak tahu lagi, Shila Amzah sekarang masuk pertandingan I am a Singer di China. Pertandingan tersebut merupakan pertandingan antara artis. Shila Amzah baru saja masuk pertandingan tersebut minggu lepas dan mendapat tempat kedua.

Pertandingan  I Am a Singer merupakan pertandingan dari Korea Selatan yang juga membawakan konsep yang sama.Shila Amzah membawakan lagu mandarin yang bertajuk Xiang Ni De Ye dan berjaya memukau penonton di dalam dewan tersebut dengan vokalnya.




Video persembahan ini telah mencecah 1 juta viewer dan sejurus rancangan tersebut habis, nama Shila mendapat tempat pertama dalam laman web popular di China. Semoga Shila terus kekal dalam pertandingan tersebut hingga ke final.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka