Posts

Showing posts from January, 2015

Caffebene Melaka

Image
Salam semua...


Caffebene merupakan salah sebuah kafe yang popular di Korea Selatan dan kini telah berada di Malaysia. Caffebene membawa maksud kafe yang bagus. Setakat ini terdapat 6 cawangan dan salah satunya di Melaka. Kafe tersebut bertempat di Terminal Dataran Pahlawan berhampiran dengan Hatten Square.

Seperti kafe lain, Caffebene menyediakan pelbagai minuman dan antara kelainan yang disediakan ialah Bingsu, Waffle, Gelato dan Honey bread.

Strawberry Bingsu (RM12.80)
Dalam bingsu ni ada strawberry, gelato strawberry dan redbean. Tapi siapa yang tak berapa gemar makan redbean boleh request. Bingsu merupakan dessert yang popular di Korea Selatan dan ia berasaskan ais. Terdapat beberapa perisa yang disediakan antaranya Strawberry Bingsu, Coffee Bingsu dan Cookie and Cream Bingsu.

Punch Korean Drama

Image
Salam semua...


Tajuk : Punch
Genre : Politik, melodrama, thriller
Episod : 19
Hari : Isnin & Selasa (9.00 malam)
Saluran : One HD

Park Jung Hwan (Kim Rae Won) adalah ketua bagi pasukan penyiasat anti rasuah untuk Pejabat Pendakwa Agung '. Dia mendapat tahu bahawa dia mempunyai tumor otak dan tidak mempunyai banyak masa. Sementara itu, bekas isterinya Shin Ha Kyung (Kim Ah Joong) adalah seorang pendakwa yang ingin menegakkan keadilan dan menolak untuk bekerja di firma besar. Dia mendapat tahu tentang keadaan suaminya dan ingin membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Kim Rae Won kembali semula berlakon setelah 2 tahun tidak berlakon di dalam drama. Drama terakhirnya A Thousand's Day Promise pada 2011. Kim Ah Joong yang popular menerusi filem 200 Pounds Beauty.