April 15, 2010

Tahniah

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa.Tapi rasa mahu memperbanyak entry.Seriuos takde idea.Tapi nak tulis jugak.Just wanna say congrats kepada kawan yg buat blog.Dah makin ramai buat.Baguslah,senang nak tau perkembangan semasa korang.Yang baru saja buat.Khairi & Zakiah.Teruskan lah menulis dan mengedit blog korang tu ye.
Minggu lepas,hari jumaat pergi PC Fair kat Melaka International Trade Centre [MITC] yg berlangsung 9-11 April.Hari Jumaat tu dah pergi.Tahun-tahun lepas buat dekat Mahkota Parade,tapi tahun ni tukar venue pula.Tujuan pergi utk membeli external hard disk utk mengisi movie yg memberatkan laptop sambil-sambil melihat gadget baru.Makin banyak laptop yg murah.Terasa rugi beli awal-awal.Penat berjalan selama 1 jam lebih,akhirnya keluar dari dewan yg sgt ramai org.Seronok dapat tengok macam-macam gadget.[tgk je la.fulus tarak].Masa nak kuar dari Ayer Keroh,ternampak beberapa buah bas.Memang kenal bas tu sebab tertulis MRSM PDRM Kulim dan beberapa MRSM yg lain.Teringat Waneq cakap yg kawan dia pergi MRSM Alor Gajah,ada event.Teringat masa pergi konvensyen PUM dekat MRSM Serting.SERONOK.[dah merepek].

Again.tahniah kepada yg dah buat blog.teruskan menulis diblog anda. =]

April 9, 2010

31st March 2010

Dibaca title.Sepatutnya perlu dipublish post tarikh tersebut.Tapi tidak dapat dilaksanakan.Pada tarikh tersebut adalah hari terakhir bekerja sebagai customer service assistant.Seronok bekerja di MPH.Banyak benda yg dipelajari. dan pengarang buku yg terkenal baru dikenali,kalau tak kerana bekerja di MPH,rasanya tak lah kenal pun.Walau 3 bulan bekerja,event yg besar di MPH telah dilalui.Best sangat.Tapi ada kenangan yg tak manis utk di ingat.Ketika melayan seorang customer yg dirahsiakan bangsanya.Kejadian berlaku hari sabtu ketika ramai customer.Dia menanyakan tentang member card yg akan expired hujung bulan 3.Cuba menerangkannya dan ketika itu berlaku sedikit kekeliruan oleh customer tersebut.Apabila customer memulakan kemarahannya,dengan bengangnya aku membunyikan bell utk memanggil key holder.Salah seorang datang dan menerangkan.Penerangan yg diberi sama tapi disebabkan org atasan,customer tersebut akur.Dengan perasaan bengang,aku menyuruh staff yg lain menjadi cashier apabila dia hendak membayar.

Tapi kebanyakkannya pengalaman yg baru untuk diri yg baru memasuki alam pekerjaan.

gamba kat name tag.CSA.


[mmg bengang tol la ngan customer time tu.saba je lah.huhu]


April 7, 2010

Kembali =]




Hampir 2 bulan blog ini tidak diselenggara oleh empunya blog.Adakah sudah tidak relevan lagi blog ini untuk dia?Ataupun sudah kering idea untuk menulis di blog?

Wah.opening nak gempak.Memang rasa nak menulis,banyak benda yg nak dicoret di blog ini.Tapi,macam berat je tangan nak menaip.Apa yang termampu hanya melihat rakan lain mengupdate blog mereka dan membaca perkembangan terbaru mereka.Seronok membaca blog-blog rakan yg lain.

Kali terakhir menulis pada hujung bulan 2.Memang lama.Banyak benda yg perlu ditulis dari awal bulan 3 - 4.Pengalaman yg paling best semasa bekerja di MPH Mahkota Parade ketika annual stock count.Semua buku yg ada di dalam kedai perlu dikira dan ketika itu terpaksa bekerja seawal jam 7 pagi - 10 malam.Hari yg memenatkan tambahan keesokan hari perlu mengambil keputusan SPM.Kedua,ketika annual dinner MPH Mahkota Parade.Seronok dapat makan bersama staff lain + boss.Venue di Wind Mill,Melaka Raya.The best moment I ever had in working times.

Seterusnya[dah macam buat esei].Keputusan SPM.Phew.Lagi berat tangan untuk menaip.Pada hari tersebut,mula memandu seawal jam 7.30 untuk mengambil keputusan dan keputusannya.....

Agak menghampakan,tapi bersyukur dgn rezeki yg diberi.Ramai rakan yg memberi nasihat selepas mendapat keputusan.[thanks my frens]

5A.dan yg lain...[nak tau tanya empunya blog].

Keputusan memperlihat diri kurang meminati aliran sains.Dan ketika mengisi borang UPU,nekad utk mengurangkan subjek sains.

Gembira berjumpa dengan rakan-rakan especially classmate.Tapi masa terlalu singkat dan tak semua rakan yg ditegur sapa.[bile la ade reunion bacth.=p].Rindu sgt dengan mereka yg lain.
Balik seawal 12.30 tghari dan singgah di Ayer Hitam dan rasanya untuk kali terakhir[ntah bile la pegi maktab].