May 6, 2010

30 April 2010

Memang tak ada niat nak keluar pun hari tu.Hari Jumaat,lagi lah malas nak keluar.Tapi disebabkan nak ambil kasut dekat Khairi yang tertinggal kat maktab,keluar jugak hari jumaat tu.Lepas tu tengok rakan-rakan yg dekat Melaka pun keluar hari Jumaat tu,kononya Farewell Party.Mula,memang tak nak join dyeorg,tapi fikir-fikir entah bila dapat jumpa lagi lepas ni,so kiteorg pun join sekali.Suruh Khairi ajak budak lelaki yg lain.Tapi ada yg bekerja,tak dibalas SMS dan akhirnya 3 orang lelaki termasuk Faisal.Macam biasa,ambil Khairi kat Melaka Sentral sambil menumpangkan Zack.Pergi MP,Maria dengan Fifie ikut sekali.Sampai,aku dengan Khairi makan sebab nak solat lepas tu.Then,jalan kaki pergi Masjid Kg Keling[nak bwk kereta,takut jam].Dah pernah jalan kaki pergi masjid sebelum ni.Habis solat,straight pergi GSC sebab tiket pukul 2.55.Ingatkan kaum Hawa tu beli tiket,rupanya dyeorg seronok main boling lagi.Last tengok cerita Iron Man 2 dengan Khairi & Faisal.Jalan cerita menarik.BEST.3 bintang setengah.hahaha.Dah habis tu,jumpa dyeorg kat tempat karoake kat MP sebab nak ambil duit Khairi.Last activity sebelum pisah,ambil gambar bersama.

Lepas tu,budak perempuan semua tumpang kereta.Seriuosly macam sardin time tu.Memang tak boleh describe.Hantar Adilah & Alia kat Aeon Bandaraya Melaka.Lagi best time ni sebab tak sampai nak ambil tiket parking.So,mangsanya Zack,kena turun tekan button tu.Balik pun sama,dia yg masukkan tiket.Hantar yang lain kat Melaka Sentral.Fifie ikut balik rumah sebab tiket dia lambat lagi.[macam bwk balik makwe].Pukul 7.15 hantar dia kat MC.

Gila-gila 1 hari jumpa dengan kawan-kawan yg 5 tahun bersama.

April 25, 2010

.............

Siti Nurkhadijah binti Nasef

Nama diatas cukup familiar dengan empunya blog ini kerana banyak perkara yg telah berlaku antara kami.Mungkin disebabkan sekelas & sehomeroom.
Yang penting banyak kenangan yg ditinggalkan bersama.
Dan yang terakhir kenangan bersamanya adalah PERGADUHAN.
Time kiteorg gaduh tu lagi 1 minggu lebih nak SPM.Memang masa tu nak gurau je dengan dia.Tapi entah macam mana,gurauan bertukar menjadi pergaduhan yg amat besar.Masa kat kelas tu,kiteorg belajar sejarah bersama,lepas tu,teringin nak tengok lagu-lagu kat dalam phone dia.Tak sangka ada password nak unlock phone tersebut.Buat macam biasa,bila dah habis tengok lagu kat dalam phone dia,aku terus bagi.Lepas satu ketika,dia cuba unlock phone tu tak boleh.Dia pun tanya kat aku,
"Syuk,ko tukar ke password aku?"Mula-mula aku cakap tak.Lepas tu,dia punya lah tak percaya.Last,dapat idea nak kenakan dia.
"Odie,kau nak tau password tu?"
"Cepat lah syuk,jangan main-main la"
Lepas tu,terfikir nak kenakan dia.Suruh dia buat something,tapi taklah teruk sangat kot.Dia mati-mati tak nak.Dalam nak dekat setengah jam jugak kiteorg cakap-cakap.Last,dia buat jugak,tapi lepas tu tak boleh berhenti.Pujuk-pujuk tak jalan jugak.Cakaplah kat dia the truth,lagi lah dia tak berhenti.Then,dia balik,ikutlah dia.Pujuk-pujuk,tak makan.Dia terus balik tak cakap langsung pun.Lepas tu,bagi kat Fifie phone suruh dia pakai phone ni dulu.
Malam tu,prep.Chaca datang buat cerita gempak.Dia cakap Odie pengsan.Lagi lah dah gelabah.Lepas tu dia kata Odie pengsan sebab lain and phone dia tu memang ada problem.Lepas daripada gaduh tu,terus tak cakap dengan dia langsung sampai SPM.Sampai 1 hari tu,tetiba dia tegur suruh ambik barang kat kelas.Time tu,rasanya dia dah maafkan kot sebab dah boleh bercakap-cakap.Itulah antara kenangan yang kami tinggalkan di MRSM Pontian buat kali terakhir.Walaupun pahit.Tapi amat bermakna bagi empunya blog.

KENANGAN TERINDAH =]



di Ayer HItam =]

April 22, 2010

Reunion SKJDP '99-'04


I Met You as a Stranger & I Leave You as a FRIEND =]

Setelah hampir 5 tahun tak bertemu
21 April 2010
Pertemuan dirancang,akhirnya berjumpa kembali
Walau saling tidak mengenali,
masih tetap bertegur sapa.
Mungkin perubahan fizikal yg ketara,
menyebabkan ada rakan yg mengenali sesama mereka.
Apapun,
ikatan PERSAHABATAN tetap ada diantara kami.


Setelah penat meeting kat facebook.Tarikh 21 April 2010 ditetapkan.Kiteorg berkumpul kat Starbuck DP.Mula-mula,memang tak ramai pun yg datang.Ada dalam 7 orang.Lepas tunggu lama sikit.Baru yg lain-lain datang.Tak sangka ramai juga yg datang.Tapi ada yg berpecah.Agak sirap time tu,sebab reunion,tiba-tiba nak split.Kiteorg pun terus pergi MP.Konon nak makan,tiba-tiba Maryam nak main boling.Layan.Aku tengok je.Seketika lepas tu,budak-budak lelaki yg lain tiba.Diaorg pun main bowling.Yang trip pertama,dah nak gerak.Then Nasrul cakap "Kate reunion,dah nak blah".So,yg lain pun tunggu,sebab terlalu lama diaorg main,ada yg gerak pergi McD & akhirnya kiteorg jumpa kat McD.Buat macam kedai sendiri.Kiteorg pun tarik meja sambung.Tak semena-mena,ada customer sound[padehal nak lalu je,bkn beli pun]"Nak buat tu gune ni la,sambil tunjuk jari dia kat kepala.Kiteorg dah panas.Then,manager McD tu suruh kiteorg tukar tempat,baik manager tu slow talk.Wah,kiteorg pun ketawa sakan kat McD tu.Memang kecoh.Lepas makan tengok wayang.Mula-mula nak tengok Shutter Island [org kampung Maryam act.hahha] tapi atas cadangan aku yg nak tengok Date Night,akhirnya tengok cerita tu.18 cerita tu.Not officially 18 yet.Kelaka habis.Kiteorg je yg kecoh kat wayang tu.Seronok.Dah lepas tu,kiteorg buat sesi fotografi.Part ni paling best.Tak lama lepas tu sorang-sorang balik & yg second last balik aku & syafiq.Even ada crisis mula-mula.Tapi last memang BEST!!!!

ps : korang mmg best even ak tak ingat sgt korang.tapi semangat zaman kanak2 still ade.hahaha.


FADHILAH,UMMI,SAEIDAH,DILA.EZA.MARYAM.SYAFIKA
SYAFIQ,NASRIQ,NASRUL,NIZAM.ARIFF

dll [sory,ade yg x ingat name]
Korang memang BEST!!!