August 6, 2009

I Love You


Seperti biasa,selepas bangun dari tidur aku terus pergi ke bilik nenek yang hanya beberapa tapak dari bilik aku.Melihat nenek yang sedang tidur,aku mengejutkan nenek dengan perlahan dan memulakan rutin harian ketika berada dirumah iaitu menukarkan pampersnya.Sudah lebih 8 bulan nenek tidak dapat berdiri akibat jatuh diluar bilik air.Melihat keadaan nenek yang sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri,aku teringat tentang perihal yang mengatakan manusia akan menjadi bayi semula apabila dia menjadi tua.Bayi yang dimaksudkan ialah mereka tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.Selepas membersihkan dirinya,aku akan menyuapkan makanan dan melayan karenah nenekku.Kadang-Kadang aku terfikir sampai bila nenekku boleh bertahan dengan hanya berbaring diatas tilam.Aku memohon kepada Yang Esa,jikalau Dia mahu mengambil nenek daripada kami semua,aku berharap dapat melihatnya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.Tetapi takdir yang menentukan segalanya.Jika dulu sewaktu kecil,nenek yang menjaga aku,menukarkan lapmpinku,menyuapkanku,memakaikanku pakaian dan sekarang aku membalas jasanya walaupun tak seberapa.




p/s : I Love U Grandma

p/s : Jangan sesekali lupa jasa orang kepada kita dan bila ada masa,balaslah jasa tersebut dengan cara yang terbaik.

2 comments:

  1. wow syukk.. kagum aku kat ko.. npe ta penah cte kat aku.. nway.. how's ur grand ma rite now..??

    ReplyDelete