New Journey Begin

Schedule shock + culture shock.Yela,7 bulan duduk rumah.Mana taknya,7 bulan duduk rumah.Akhirnya masuk jugak IPTA.Harap apa yang dipilih ni betul untuk hala tuju for my future.Dapat masuk UiTM Kampus Alor Gajah.Dekat gak dengan rumah,ni tengah balik rumah la.hehe.[5 tahun jauh,nak rase gak weekend kat rumah]

1 Week at UiTM KAG

Daftar last week,konon datang awal dapat bilik lawa.Sekali dapat kolej lama.Nak compare dengan maktab,ok lagi maktab.Tapi sebab kolej ni lama punya block.Ada hikmah dapat kolej Tuah sebab utama dekat dengan Masjid Al-Hikmah,boleh la meringankan kaki ni pergi even tak lah sealim mana pun.Kolej ni pun dekat gak dengan B.A and dewan makan syahbandar.So,memang senanglah.Semestinya first week adalah for orientation.Nama orientation week tu MDS=Minggu Destini Siswa.Pembantu Mahasiswa dengan gelaran PM bertugas memjadi orang kuat dalam MDS.Syarat utama nak jadi PM mestilah 3.oo ke atas OK!.Seronok gak sebab sporting + baik.Standard la tu kadang-kadang naik angin jap.Yang tak bestnya bangun seawal jam 4 pagi and dari subuh tu sampai la malam kena pakai formal.Berkemeja dan bertali leher.Tak nak rimas habis pulak.Secara keseluruhan MDS,sebab takde kawan.PELIK kan.Dalam 2000+ tu takde kawan.Memang ada,ex-maktab and ex-sekolah rendah,tapi susah nak tegur sebab lain kos and lain kolej.BERKAWAN BIAR BERIBU,tapi tak kesampaian lagi hajat tu sebab aku ni jenis tak pandai nak bercakap dengan orang yang tak dikenali.Jadi one whole week tu agak pendiam jadinya.Dialong yang selalu dalam MDS.
"amik kos ape?"....
"duduk kolej mane?"
"sekolah mane dulu?
Dan perbualan tu termati macam tu je.Kalau diaorang buat lawak,aku just ketawa je.Sebab selalu jalan ikut kos and dak yang sama kos pun ada gila-gila gak.Harap nanti dah beberapa minggu okay lah.Banyak-banyak program time MDS,paling best time Touring ikut kos.BEST.Dan scene yang paling memorable last night sebelum habis MDS.Abg & akak PM,masuk ramai-ramai dalam dewan,memang happening habis.Diaorang ada buat video siap.Sebab banyak gambar budak tidur diaorang amik.Dan sebelum bersurai tu,ramai-ramai nyanyi lagu Manbai-Kau Ilhamku.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Lirik lagu ni memang best.Lepas dari MDS,semua benda kitaorg buat sendiri,takde lagi PM yang tolong,agak serabut sikit,tapi kena biasakan lah.Next week dah start belajar,beku kot otak tujuh bulan tersadai kat depan laptop.huhu.Doakan kejayaan kita bersama dimana pun.



Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Good Daughter, Hana Korean Drama