June 9, 2011

City Hunter : Korean Drama

Salam semua...


Drama ini diadaptasi dari sebuah manga yang popular dari negara Jepun.Drama ini mempunyai 20 episode dan mula ditayangkan di SBS pada 25 Mei dan mendapat perhatian ramai.Hero drama ini adalah Lee Min Ho yang pernah berlakon dalam Boys Over Flower dan heroinnya pula berlakon dalam drama Sungkyunkwan Scandal.Goo Hara merupakan penyanyi kumpulan Kara debut sebagai seorang pelakon didalam drama ini sebagai anak presiden.

Drama ini mengisahkan tentang City Hunter iaitu Lee Yoon Sung yang bekerja di Rumah Biru dan mempunyai hasrat untuk membalas dendam akibat kematian ayahnya.Kim Nana lakonan Park Min Young merupakan seorang altit judo dan juga bekerja sebagai pengawal President Korea.Syarat yang diberi oleh kawan baik ayah Lee Yoon Sung adalah jangan jatuh hati dengan sesiapa kerana orang yang kesayangannya akan berada dalam keadaan bahaya.


Lee Min Ho sebagai Lee Yoon Sung

Park Min Young sebagai Kim Na Na


Lee Joon Hyuk sebagai Kim Young Jo

Hwang Sun Hee sebagai Jin Soo Hee

Goo Hara sebagai Choi Da Hye




Setakat ni drama ni masih belum ditayangkan di Malaysia dan mungkin akan ditayangkan di One HD nanti.Walaupun drama ni banyak aksi tapi ada jugak bahagian-bahagian yang kelakar dan Goo Hara iaitu dari kumpulan KARA berlakon dalam drama buat pertama kalinya.OST drama ni pun best jugak.Siapa yang minat bolehlah ikuti drama ni.Rugi kalau tak tengok.