Sung Bong Choi,22 tahun mendapat jolokan Susan Boyle Korea apabila dia muncul dan mengadakan persembahan di Korea's Got Talent di TvN dan telah menarik perhatian diseluruh dunia dengan suaranya yang unik.Dia mendapat jolokan Susan Boyle kerana videonya di Youtube menjadi video yang paling ramai dikongsi dan sehingga kini viewer video tersebut telah mencecah 3.9 million [sehingga entri ini ditulis].Video ini menjadi trending sehingga masuk ke dalam blog Youtube Trends.
Yang membuatkan video ini menjadi fenomena adalah latar belakang Sung Bong Choi yang lari dari rumah anak yatim kerana dipukul dan hidup bersendirian sejak umur 5 tahun lagi.Ketika dia menyanyi di atas pentas,para juri dan para penonton mengalirkan air mata.