November 18, 2012

God's Quiz Korean Drama

Salam semua...


Drama ini menceritakan tentang seorang doktor yang genius dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Tetapi doktor tersebut mempunyai penyakit pelik yang tidak dapat dikenal pasti.Lakonan Ryu Duk Hwan sebagai Dr Han Jin Woo,Yoon Jun Hee sebagai Detektif Kang Kyung Hee.Drama ini dari saluran kabel OCN di Korea dan mendapat sambutan kerana menyerupai drama popular CSI.




Drama ini mempunyai 10 episod dan buat masa ini terdapat 3 siri. Siri pertama menceritakan bagaimana Doktor Han Jin Woo mendapat penyakit tersebut selain menyelesaikan kes-kes yang lain.Siri 2 sedang ditayangkan di saluran Kix HD di Astro 729.

Spoiler
Aku paling suka episode budak kecil yang ada menghidap penyakit luar biasa.Disebabkan penyakit tersebut budak tu tak boleh makan protein.Episode 7 kalau tak silap.
Paling aku suka watak orang gila untuk episode ke 9 dan 10. Memang jadi watak gila tambah dengan jahat.
Pada pendapat aku drama ni macam series House pun ada jugak sebab watak Dr Han Jin Woo bila selesaikan masalah nampak macam Dr. House.

No comments:

Post a Comment