November 1, 2012

Korean Drama The Innocent Man

Salam semua..


Drama terbaru di saluran KBS World. Mempunyai 20 episod tetapi belum ditetapkan lagi.Ditayangkan pada hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam.

Drama ini menceritakan tentang seorang lelaki yang telah terluka akibat seorang wanita. Dia sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan wanita yang dia sayangi. Dia mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan bantuan kawannya. Dia mengambil kesempatan berkenalan dengan seorang wanita yang telah kehilangan memori akibat kemalangan untuk membalas dendam.



Barisan pelakon untuk drama Innocent Man hebat kerana pelakon utaman lelakinya ialah Song Joong Ki yang popular dalam drama Sungkyunkwan Scandal dan Moon Chae Won yang popular dalam drama The Princess Man.Drama ini disukai ramai di Korea kerana hubungan yang rumit antara hero dan heroin.

Best drama ni sebab aku suka tengok Moon Chae Won yang cantik tu.Jalan cerita drama ni walaupun agak cliche sebab lebih kurang sama macam melodrama yang lain tapi disebabkan line up artis yang membuatkan aku nak tengok drama ni.Peminat drama korea mesti tengok drama ni okay.

No comments:

Post a Comment