November 4, 2013

Marry Him If You Dare Korean Drama

Salam semua...


Tajuk : Marry Him If You Dare
Genre : Romantik, Fantasi
Episod : 16
Masa : 9-10 malam, KBS World

Drama ini merupakan drama 'time travel' yang berlatar belakangkan dunia penyiaran televisyen. Drama ini mengisahkan tentang seorang penulis yang bertemu dirinya pada masa akan datang dan memberi nasihat kepadanya.


Na Mi Rae (Choi Myung Gil), penulis untuk siaran televisyen , dia yang dari masa akan datang kembali untuk memenemui diri dia pada umur 32 tahun lakonan,(Yoon Eun Hye) dengan matlamat untuk menghalang perkahwinannya dengan Kim Shin (Lee Dong Gun) yang merupakan seorang juruhebah.


Drama yang mempunyai barisan pelakon yang hebat iaitu Yoo Eun Hye, pelakon drama Lie To Me, Lee Dong Gun, pelakon drama Sweet 18, Yong Hwa penyanyi kumpulan CN Blue dan Han Chae Ah, pelakon drama Bridal Mask, All about My Romance.

Aku tengok drama ni sebab aku minat dengan heroin (Yoo Eun Hye) sebab dia pernah berlakon dalam drama-drama yang popular dulu-dulu. Baru satu episode dan aku rasa belum nampak menarik lagi drama ni, biasa-biasa je. Yang menarik sebab ada masuk fantasi sikit bila heroin pada masa depan kembali untuk perbetulkan keadaan. Tapi kalau untuk tengok masa premier tak berbaloi tengoklah masa rerun atau record je drama ni.

p.s cool poster drama ni :D

2 comments:

  1. Drama ni dah disiarkan di KBSW ker? Macam menarik je sebab dah lama tak tengok Lee Dong Gun berlakon.

    ReplyDelete