November 3, 2013

FOBIA Kumpulan Cerpen

Salam semua...


Tajuk : FOBIA - Kumpulan Cerpen
Halaman : 282 m/s
Harga : RM19.90
Penerbit : Roman Buku

"Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?
 Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.
 Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?"
Cerpen Fobia dari Roman. Memuatkan 16 cerpen tentang fobia yang dialami oleh manusia. Dalam 16 cerpen terdapat beberapa cerpen yang aku rasakan terbaik dan seronok bila aku baca. Kebanyakan penulis dalam cerpen ni dah pun popular denngan karya mereka. Ada 6 cerpen yang aku minat dalam buku ni. 

  1. Komplot karya Dayang Noor
  2. Bilik F-0131-4 karya Faizal Sulaiman
  3. Aku Bersamamu karya Muhammad Fatrim
  4. Mencari Akhir karya Orkid
  5. Makna Hidup karya Maimun Abdullah Hadi
  6. Keras karya Nurhayati Ishak


Dalam banyak cerpen yang terbaik, aku paling suka Mencari Akhir dan Makna Hidup. Kedua-dua cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan yang telah berkahwin tapi mempunyai pengakhiran yang berbeza. Munngkin aku lebih tertarik baca buku love story sebab tu aku pilih 2 cerpen ni sebagai cerpen yang paling menarik. Lain pembaca, lain juga minat mereka terhadap sesuatu cerpen sebab manusia berlainan cita rasa.

Kalau ikut cerpen yang paling unik aku bagi kepada Bilik F-013-4 karya Faizal Sulaiman yang juga menulis novel FIXI bertajuk Sumbat. Tajuk cerpen itu sendiri dah unik, Bilik F-013-4. Tak nak spoil, kalau nak tahu sila beli :

No comments:

Post a Comment