November 20, 2013

Rakyat Malaysia pertama, Raja Syahiran berjaya ujibakat Britain's Got Talent

Salam semua...

Seorang rakyat Malaysia iaitu Raja Syahiran,20 tahun berjaya melepasi ujibakat Britain's Got Talent untuk peringkat pertama. Dengan bakat unik yang dia ada iaitu kebolehan meniru suara chipmunk, dia berjaya melepasi peringkat pertama dalam pertandingan Britain's Got Talent.

Raja Syahiran merupakan rakyat Malaysia dan di Asia Tenggara yang pertama berjaya melepasi ujibakat di Britain's Got Talent. Seperti program mencari bakat yang lain, Britain's Got Talent merupakan program pencarian bakat luar biasa yang di hakimi oleh selebriti terkenal iaitu Simon Cowell, Amanda Holden, Alesha Dixon dan David Walliams.



Tahniah diucapkan kepada Raja Syahiran dan semoga berjaya melepasi peringkat kedua sebelum masuk ke ujibakat kedua dimana ujibakat tersebut akan dirakam. Britain's Got Talent 8 ini akan disiarkan pada tahun hadapan.

Sesi temu ramah Raja Syahiran bersama radio Hitz.


Follow twitter Raja Syahiran untuk mengikuti perkembangannya dalam Britain's Got Talent.

No comments:

Post a Comment