November 10, 2013

Ender's Game Review

Salam semua...


Filem yang diadaptasi dari buku bestseller yang juga mempunyai tajuk yang sama. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 1977. Filem ini bermula dengan peperangan antara mahluk asing dengan manusia dan salah satu cara penyelesaian untuk menamatkan peperangan tersebut dengan melatih kanak-kanak untuk mengetuai peperangan tersebut kerana kanak-kanak mempunyai fikiran yang berbeza dengan orang dewasa.


Watak utama dalam filem ini ialah Ender Wiggin yang merupakan seorang kanak-kanak biasa tetapi mempunyai kemahiran kepimpinan dan pandai mengatur strategi. Pelakon Asa Butterfield berjaya melakokan watak Ender dengan baik. Yang menarik tentang filem ini ialah disebabkan kepandaian Ender dalam mengatur strategi perang, mereka berjaya mengalahkan musuh yang jauh lebih berpengalaman darinya.

In the moment when I truly understand my enemy, understand him enough to defeat him, then in that very moment I also love him - Andrew Ender Wiggin

5 BINTANG untuk ENDER'S GAME.

 Aku tak pernah pun baca buku tu tapi sekadar tengok movie ni pun rasa dah cukup sebab memang cool habis jalan cerita dan pelakon movie ni. Memang pandai budak tu bawak watak Ender, boleh menang best child actor award. Aku tak nak spoil yang lain, so pergilah tengok kehebatan movie ni.

2 comments: